Tasha Shilla Nafi Bedah Hidung, Payudara

Diterbitkan: Khamis, 17 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tasha Shilla
Tasha Shilla

PETALING JAYA: Pelakon Tasha Shilla menafikan dia telah melakukan pembedahan bagi mencantikkan hidung dan payudaranya.

Tasha, 26, berkata, dia tidak pernah berhasrat melakukan pembedahan kerana bersyukur dengan anggota tubuh badannya yang di kurniakan Tuhan.

"Saya tidak pernah melakukan sebarang pembedahan plastik ke atas tubuh saya, sebaliknya bersyukur dengan apa yang dikurniakan.

"Bagi mereka yang rapat dan pernah sentuh muka saya, mereka akan tahu bentuk wajah saya tidak berubah. Jika nampak berbeza ia mungkin disebabkan teknik solekan semata-mata," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.

Tasha berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ruangan pojok sebuah akhbar mingguan yang melaporkan dia kononnya telah melakukan pembedahan plastik terhadap hidung dan payudara di Bali, Indonesia.

Bagaimanapun, Tasha mengakui ada melancong ke Bali bersama rakan artis lain termasuk Sharifah Sakinah.

"Saya ke Bali bukan kerana buat pembedahan sebaliknya pergi bercuti bersama rakan-rakan. Kalau benar saya ingin buat pembedahan plastik bukanlah di situ tempatnya," ujar Tasha.

Tambah Tasha, dia hanya menganggap perkara tersebut hanya isu kecil yang tidak perlu diperjelaskan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan