Pengarah 'Transformers' Cedera Diserang Di Hong Kong

Diterbitkan: Khamis, 17 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bay mengalami kecederaan pada bahagian muka sebelah kanannya selepas diserang oleh dua lelaki tidak dikenali.
Bay mengalami kecederaan pada bahagian muka sebelah kanannya selepas diserang oleh dua lelaki tidak dikenali.

HONG KONG: Pengarah filem Transformers, Michael Bay mengalami kecederaan selepas dia diserang ketika sedang dalam proses penggambaran filem terbaru siri tersebut - Transformers: Age of Extinction di sini.

Polis Hong Kong bagaimanapun mengesahkan yang mereka berjaya menahan dua lelaki pada awal Khamis untuk membantu siasatan.

Menurut laporan agensi berita antarabangsa AFP, Bay, 48, mengalami kecederaan pada bahagian muka sebelah kanannya.

Dua suspek yang ditahan itu dipercayai mengganggu Bay dan krewnya ketika mereka di set penggambaran berhampiran daerah Quarry Bay.

Mereka menuntut Bay menjelaskan HK$100,000 (RM38,700) kerana membuat penggambaran di kawasan berkenaan.

Polis mengesyaki kedua-dua lelaki itu adalah anggota kongsi gelap di kawasan Quarry Bay.

"Apabila Bay dan krewnya sedang membuat penggambaran di kawasan itu, salah seorang daripada suspek datang menuntut HK$100,000 daripadanya yang kemudiannya membawa kepada pergelutan antara mereka.

“Kemudian seorang lagi suspek datang menyerang Bay lalu lalu mencederakannya," kata polis dalam satu kenyataan sepertimana yang dilaporkan oleh AFP.

Filem Transformers yang keempat itu dibintangi oleh Mark Wahlberg dan Nicola Peltz dijadualkan untuk memasuki pawagam Jun tahun depan.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan