Cristina Suzanne Kahwin 22 Januari 2014

Diterbitkan: Rabu, 16 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Cristina Suzane bakal menamatkan zaman bujangnya pada Januari tahun depan.
Cristina Suzane bakal menamatkan zaman bujangnya pada Januari tahun depan.

PETALING JAYA: Pelakon Cristina Suzane bakal mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan ibunya pada 22 Januari 2014 di kampung halamannya, Kuantan, Pahang.

Cristina atau lebih mesra disapa Cris, 28, berkata, dia sudah pun melangsungkan majlis pertunangan dengan lelaki yang enggan didedahkan identitinya itu pada Ahad lalu dan bagaimanapun tidak mahu bercerita lanjut mengenai majlis tersebut.

"Alhamdulillah, saya sudah bertunang dan kalau boleh saya tidak mahu memperbesarkan perkara ini. Biarlah majlis (pertunangan) ini hanya diketahui oleh kalangan keluarga sahaja.

"Setakat ini kami merancang untuk bernikah pada 22 Januari 2014 tetapi belum merancang mengenai resepsinya pula. InsyaAllah jika semua tarikh ditetapkan, saya akan membuat pengumuman dan menjemput semua," katanya yang dihubungi mStar Online disini, pada Selasa.

Cris atau nama sebenarnya Cristina Suzanne Stockstill dalam laporan media terdahulu memberitahu bahawa tunangnya itu merupakan teman sekolahnya dan sejak bekerja mereka tidak pernah berhubung sehinggalah pada Ramadan lalu lelaki berkenaan datang ke rumah untuk merisik.

Selepas melihat keperibadian lelaki tersebut yang menghormati orang tua selain pandai mengambil hati adik beradik, ibu Cris terus menasihatinya untuk menerima lelaki itu yang juga merupakan seorang ahli perniagaan.

Tambah Chris, setakat ini dia belum membuat sebarang persiapan lagi, namun mengakui dia kini sedang belajar memasak sebagai persediaan menempuh kehidupan berumah tangga nanti.

"Sekarang ini saya belajar memasak daripada mak. Selama ini bukan saya tak mahu belajar memasak, tetapi mak tidak membenarkan saya tolong kerana enggan dapur bersepah nanti," selorohnya.

Dalam perkembangan lain, pelakon filem KIL itu baharu saja selesai penggambaran filem CEO pada dua bulan lalu bersama aktor Remy Ishak.

Selain itu, Chris juga bakal muncul menerusi telefilem Dari Sinar Mata untuk siaran TV3.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan