Rumah Tangga Mariah Carey Dikatakan Sedang Retak

Diterbitkan: Selasa, 15 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mariah Carey dan Nick Cannon
Mariah Carey dan Nick Cannon

SELAMA ini, Mariah Carey dan Nick Cannon tidak pernah jemu menunjukkan kemesraan di depan umum dan ia membuatkan peminat-peminat menyifatkan mereka sebagai pasangan bahagia.

Bagaimanapun menurut laporan Showbizspy, rumah tangga mereka dikhabarkan sedang bermasalah dan saling berselingkuh antara satu sama lain.

Malah menurut sumber, mereka sedang menyiapkan dokumen penceraian apatah lagi baru-baru ini Mariah dilihat sedang menghabiskan masa dengan beberapa lelaki yang lebih muda dan tidak lagi memakai cincin perkahwinannya.

"Semua ini disebabkan Mariah sering dikelilingi lelaki kacak sehingga membuatkan Nick berang dan dia mula berfikir untuk mengakhiri ikatan perkahwinannya dengan Mariah," kata sumber.

Sementara itu, Mariah turut khuatir bahawa Nick juga sedang berselingkuh dengan wanita lain.

Bagaimanapun sehingga saat ini, belum ada lagi pengesahan rasmi daripada mana-mana pihak mengenai khabar angin tersebut.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan