'Doktor Wang Suria' Beri Tips Selesaikan Hutang Pendengar

Diterbitkan: Selasa, 15 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Adiwati
Adiwati

PETALING JAYA: Sebagai tanda penghargaan kepada pendengar, stesen radio Suria FM mengambil inisiatif membawakan slot 'Doktor Wang Suria' bagi membincangkan isu pengurusan kewangan.

'Doktor Wang Suria' akan keudara selama satu jam bermula 8 pagi hingga 9 pagi, setiap Selasa menerusi segmen 'Ceria Pagi Suria'.

Ketua Bahagian Program Suria FM, Adiwati Zainuddin berkata, slot tersebut dibawakan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), yang disokong oleh Bank Negara Malaysia.

"Setiap minggu, pihak kami akan menjemput tetamu bertauliah membincangkan masalah-masalah kewangan yang biasa dihadapi oleh kebanyakkan orang dan tips-tips penyelesaian bagi menjawab pelbagai masalah.

"Selain daripada memberikan info-info berkaitan kewangan terdapat juga kuiz buat para pendengar Suria FM berdasarkan topik yang dibincangkan," katanya.

Tambah Adiwati, pendengar boleh memenangi RM200 - RM1,000 bermula 1 Oktober 2013 hingga 17 Disember 2013 dimana ia dilakukan secara talian di Facebook Suria FM.

Pada Selasa (hari ini), 'Doktor Wang Suria' bersama tetamu khas daripada AKPK akan membincangkan mengenai ‘Cara Untuk Mengurangkan Perbelanjaan’.

"Menerusi topik ini kami akan membantu bagaimana cara untuk mengurangkan perbelanjaan dalam kehidupan seharian dan terdapat juga tips mahu menambah pendapatan sekaligus dapat membantu masalah kewangan yang dialami.

"Saya percaya, menerusi segmen sebegini, ia sedikit sebanyak dapat menyelesaikan isu kewangan yang merupakan masalah utama masyarakat pada hari ini," ujarnya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan