Teater 'SuperMokh' Cabaran Terbesar Awie

Diterbitkan: Isnin, 14 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Awie telah menurunkan berat badannya demi teater SuperMokh.
Awie telah menurunkan berat badannya demi teater SuperMokh.

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Awie mengakui memegang peranan sebagai Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari menerusi teater muzikal SuperMokh adalah watak paling mencabar sepanjang dia bergelar pelakon.

Awie atau nama sebenarnya Azhar Othman, 45, berkata, dia masih belum mempunyai keyakinan untuk membawakan watak tersebut dengan baik walaupun telah menjalani latihan selama dua bulan sebelum ini.

"Sepanjang bergelar pelakon saya belum pernah berasa gementar seperti ini kerana tidak yakin dapat menzahirkan watak tersebut dengan baik kepada penonton.

"Perasaan itu timbul kerana Mokhtar adalah satu nama yang cukup besar dikalangan masyarakat negara ini dan penonton yang bakal hadir nanti pasti mengharapkan sesuatu yang luar biasa daripada persembahan saya," katanya kepada mStar Online.

SuperMokh bakal di pentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 6 hingga 18 November depan.

Selain Awie, teater arahan Hans Isaac dan Harith Iskander itu turut membariskan pelakon seperti Awie yang bakal memegang watak sebagai Mokhtar, Rashidi Ishak, Dina Nazir, Maya Karin, Douglas Lim, Phoon Chi Ho, Oliver Johanan dan Clarence Kuna.

Dalam perkembangan sama, Awie berkata, kesukaran untuk menghidupkan watak lagenda bola sepak itu juga berpunca daripada kekurangan bahan rujukan terutamanya visual tentang Mokhtar sebagai rujukannya.

Jelas Awie, dia bernasib baik apabila ahli keluarga Mokhtar banyak membantu dalam menyelami sisi lain figura itu sebagai persediaan untuk pementasan itu nanti.

"Arwah sebelum ini jarang muncul di televisyen untuk temubual dan sukar untuk saya mencari rujukan tentang cara beliau bercakap dan lenggok tubuhnya bagi pementasan itu nanti selain aksinya di padang.

"Mujur keluarganya banyak membantu bagi memahami peribadi beliau dan saya juga sempat menonton filem Mekanik yang pernah dibintanginya dahulu," ujarnya.

Dalam pada itu, Awie berkata, dia akan berjoging sejauh tiga kilometer setiah hari sebelum memulakan latihan teater tersebut bagi menurunkan berat badannya supaya sesuai dengan watak tersebut.

Jelas Awie, dia kini telah berjaya menurunkan beberapa kilogram berat badannya dan menyasarkan untuk mengurangkan lapan kilogram lagi menjelang pementasan itu nanti.

Tiket untuk menyaksikan teater tersebut sudah mula dijual di www.ticket2u.biz atau boleh menghubungi 03-4147 8600 atau 019-211 1600.

Mokhtar dilahirkan pada 13 November 1953 dan meninggal dunia pada 11 Julai 1991 pada usia 38 tahun. Supermokh adalah gelaran yang digunakan untuknya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan