Didie Alias Buka Bengkel Motosikal Secara Tidak Sengaja

Diterbitkan: Isnin, 14 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Didie mengakui tidak pernah merancang untuk membuka sebuah bengkel dan butik menjual alat ganti motosikal berkuasa tinggi.
Didie mengakui tidak pernah merancang untuk membuka sebuah bengkel dan butik menjual alat ganti motosikal berkuasa tinggi.

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Didie Alias yakin berhasrat menjadikan sukan permotoran berkuasa tinggi sebagai satu gaya hidup dikalangan belia dan wanita apabila mengambil keputusan membuka sebuah bengkel dan butik menjual alat ganti sejak sebulan lalu.

Didie, 40, berkata, dia melihat potensi tinggi terhadap hobi tersebut yang semakin berkembang dikalangan masyarakat di negara ini dan mahu mengambil peluang dengan menawarkan perkhidmatan bersesuaian kepada mereka.

"Jika kita lihat hobi menunggang motosikal besar hanya dipelopori oleh golongan tertentu sahaja namun situasi itu sudah jauh berbeza dan ia petanda baik kerana ia telah berjaya menggalakkan lebih ramai anak muda menyertai sukan tersebut.

"Menerusi pembukaan bengkel ini ia dapat ia sebagai satu sokongan kepada peminat hobi berkenaan dan paling penting untuk memberi galakan kepada mereka," katanya kepada mStar Online.

Bengkel S4M Motorsports 'Big Bike Garage' yang terletak di Setapak Kuala Lumpur itu telah dirasmikan oleh Menteri Wilayah, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Sabtu lalu.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran selebriti terkenal seperti Datuk Rosyam Nor, Fizz Fairuz, Kamal Adli dan Maznah Zulkifli.

Dalam pada itu, Didie mengakui keputusannya untuk membuka sebuah bengkel berkenaan berlaku secara tidak sengaja apabila idea tersebut diberikan oleh anak saudaranya lebih setahun lalu.

Didie berkata, selepas memikirkan mengenai potensi ia akan berjaya dia mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan rakan kongsinya iaitu Ibrisam Daud yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang berkenaan.

"Saya yakin satu Malaysia terkejut apabila mengetahui saya terlibat dalam perniagaan ini dan jujurnya ia berlaku secara tidak sengaja sebenarnya selepas anak saudara saya memberikan idea tersebut.

S4M Motorsports 'Big Bike Garage' menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk memberi nasihat tentang teknik keselamatan penunggang motosikal berkuasa tinggi selain menjual barangan aksesori dan servis kepada pelanggan.

Sementara itu, Didie berkata, dia juga berhasrat untuk kembali menunggang motosikal berkuasa tinggi selepas hampir 15 tahun tidak berbuat demikian.

"Saya tidak terfikir untuk kembali menunggang motosikal tetapi selepas membuka bengkel ini minat itu kembali timbul dan mana tahu saya akan menjelajah ke beberapa tempat selepas ini," katanya.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan