'SuperMokh' Angkat Perjuangan Mokhtar Dahari

Diterbitkan: Jumaat, 11 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gambar fail Mokhtar Dahari pada tahun 1975
Gambar fail Mokhtar Dahari pada tahun 1975

SHAH ALAM: Mohd Reza Mohd Mokhtar iaitu anak sulung kepada legenda bola sepak negara Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari berharap kisah hidup bapanya menerusi teater muzikal SuperMokh dapat memberi peluang kepada generasi muda mengenali figura terkenal itu dengan lebih mendalam.

Mohd Reza, 32, berkata, kesungguhan dan pengorbanan bapanya diharap dapat menyuntik semangat kepada generasi muda khususnya yang ingin bergelar pemain bola sepak.

"Arwah bapa asalnya bukan pemain bola sepak profesional namun komitmen, semangat serta kesungguhannya telah meletakkan dia di kalangan terbaik.

"Ramai yang tidak mengetahui kisah sebalik pengorbanannya untuk mencapai tahap tersebut dan berharap teater ini dapat menjadi inspirasi kepada mereka yang datang menonton," katanya ketika ditemui pada sidang media SuperMokh di Pusat Konvensyen Setia City di sini pada Khamis.

SuperMokh bakal di pentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 6 hingga 18 November depan.

Ia membariskan pelakon seperti Awie yang bakal memegang watak sebagai Mokhtar, Rashidi Ishak, Dina Nazir, Maya Karin, Douglas Lim, Phoon Chi Ho, Oliver Johanan dan Clarence Kuna.

Dalam perkembangan sama, Mohd Reza berkata, dia dan keluarganya berbesar hati apabila pihak penerbit mahu menerbitkan teater berdasarkan kisah hidup Mokhtar.

Malah kata Reza, dia yakin Awie dapat membawa watak bapanya dengan baik walaupun tidak banyak rujukan visual mengenai Mokhtar.

"Saya berbesar hati dan bangga apabila pihak produksi memilih arwah bapa untuk kisah hidupnya dipentaskan dalam sebuah teater muzikal.

"Ia pasti menarik kerana bidang sukan dan hiburan digabungkan dan berharap hasilnya akan menghiburkan," katanya.

Sementara itu, penerbit dan pengarah teater berkenaan, Hans Isaac berkata, idea untuk menghasilkan teater muzikal tersebut datang daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga peminat setia Mokhtar.

Kata Hans, sokongan diberikan baginda dan pihak korporat telah merealisasikan perancangan yang telah dibuat hampir setahun lalu.

Katanya lagi, penceritaan hidup Mokhtar akan lebih menekankan kepada kisah yang belum pernah diketahui umum.

Hans menjelaskan, walaupun agak sukar untuk menterjemahkan sifat dan peribadi Allahyarham namun pihak produksi bertuah kerana mendapat sokongan daripada keluarga Mokhtar bagi mengenali sisi lainnya.

"Selain kisah kejayaannya di padang bola sepak kita akan tumpukan kepada kisah-kisah yang orang tidak pernah tahu mengenai Mokhtar dan itu adalah keistimewaan teater muzikal ini.

"Syukur keluarga dan sahabat handainya banyak memberikan input tentang diri Mokhtar yang kami langsung tidak ketahui," jelasnya.

Dalam pada itu, Hans berkata, rutin latihan pementasan teater itu dibuat dengan ketat di mana semua pelakon utama dikehendaki menurunkan berat badan supaya sesuai dengan semua watak yang dibawa.

Katanya, semua pelakon juga perlu berlari selama 45 minit setiap hari dan melakukan senaman sebelum memulakan latihan.

"Dari segi lakonan tiada masalah kerana semuanya berbakat besar tetapi untuk memantapkan jalan cerita dan kisah hidup Mokhtar mereka perlu bersenam," katanya.

Tiket untuk menyaksikan teater tersebut sudah mula dijual di www.ticket2u.biz atau boleh menghubungi 03-4147 8600 atau 019-211 1600.

Mokhtar dilahirkan pada 13 November 1953 dan meninggal dunia pada 11 Julai 1991 pada usia 38 tahun. Supermokh adalah gelaran yang digunakan untuknya.

iklan

Video

Jumaat, 28 Julai 2017 8:18 PM

Tautan Kasih Siti Saleha & Lutfi

Jumaat, 28 Julai 2017 3:00 PM

Zahid Terpaksa Kerja Keras!

Jumaat, 28 Julai 2017 12:24 PM

Atmosfera Tak Cukup Popular?

Jumaat, 28 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: Najwa Latif - KAMU

Khamis, 27 Julai 2017 3:00 PM

Aksi Separuh Bogel Tu Kisah Lamalah!

Khamis, 27 Julai 2017 12:30 PM

Mal Imran Artis Bermusim?

Khamis, 27 Julai 2017 9:00 AM

Panas! Hisyam Hamid & Aaron Aziz Bergaduh?

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Kolumnis

iklan

Iklan