Ibu-Bapa Kim Kardashian Berpisah

Diterbitkan: Khamis, 10 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kriss dan Bruce akhirnya membuat keputusan untuk berpisah selepas 22 tahun perkahwinan.
Kriss dan Bruce akhirnya membuat keputusan untuk berpisah selepas 22 tahun perkahwinan.

BERBULAN-BULAN menjadi bualan hangat mengenai isu penceraian, akhirnya ibu-bapa Kim Kardashian iaitu Kris Jenner dan Bruce Jenner mengumumkan perpisahan.

Kris dan Bruce mengumumkan perpisahan tersebut secara eksklusif menerusi program hiburan E!Online sambil mengatakan keputusan tersebut membuatkan mereka berasa lebih bahagia.

"Kami sudah berpisah dan berasa lebih bahagia dengan cara ini. Bagaimanapun kami tetap saling menghargai dan mencintai antara satu sama lain.

"Walaupun berpisah, kami tetap teman rapat dan keluarga adalah keutamaan," kata Kris dan Bruce.

Sebelum ini pasangan tersebut pernah menafikan pergolakan rumah tangga mereka namun khabar angin tersebut semakin 'kencang' apabila mereka tidak lagi memakai cincin pernikahan.

Kris dan Bruce telah berkahwin selama 22 tahun dan mereka dikurniakan dua anak perempuan iaitu Kendall dan Kylie Jenner.

Kris turut mempunyai empat lagi anak termasuklah Kim Kardashian hasil perkahwinannya yang lalu.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan