Zizan Razak Ada Cara Promosi 'KL Gangster 2'

Diterbitkan: Rabu, 9 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zizan dan Aaron Aziz dalam satu babak KL Gangster
Zizan dan Aaron Aziz dalam satu babak KL Gangster

PETALING JAYA: Pelawak Zizan Razak mempunyai cara promosi tersendiri untuk menarik orang ramai ke pawagam bagi menonton filem KL Gangster 2 arahan Syamsul Yusof.

Zizan, 28, berkata, biarpun tidak berpeluang menyertai rangka promosi filem yang dijalankan sepanjang tayangan bermula pada 3 Oktober lalu, namun dia masih memberi sokongan melalui laman-laman sosial miliknya seperti Twitter, Facebook dan Instagram.

"Saya akan beritahu terlebih dahulu dan minta maaf jika tidak dapat hadir promosi yang dijalankan kerana ada komitmen lain tapi saya masih mengambil berat dan sentiasa mendapatkan maklumat tentang filem tersebut.

"Walaupun belum berkesempatan menonton di panggung wayang tetapi kelab peminat saya sudah menganjurkan aktiviti menonton KL Gangster 2 bersama-sama," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.

Zizan berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar Ahad lalu tentang komitmennya dan Aaron yang tidak muncul pada setiap majlis yang dianjurkan untuk promosi filem tersebut.

Bagaimanapun, Zizan meminta maaf jika ada pihak atau pelakon lain yang berkecil hati dengan tindakannya itu.

"Saya hanya buat apa yang termampu sahaja, kita tidak boleh puaskan hati semua pihak dan yang penting pihak produksi termasuk Datuk Yusof Haslam memahami situasi saya," katanya.

Zizan yang memegang watak Fadil dalam filem tersebut turut kecewa apabila filem tersebut disabotaj dengan aktiviti cetak rompak sebelum tarikh tayangan.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan