Farawahida Tidak Mampu Urus Kahwin Sendirian

Diterbitkan: Rabu, 9 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Farawahida memberitahu dia dan bakal suaminya sudah menghadiri kursus perkahwinan di Masjid Negara minggu lalu.
Farawahida memberitahu dia dan bakal suaminya sudah menghadiri kursus perkahwinan di Masjid Negara minggu lalu.

PETALING JAYA: Penyanyi Farawahida telah mengupah perancang perkahwinan untuk menguruskan hari bahagianya yang dijangka berlangsung pada Disember depan.

Farawahida atau nama sebenarnya Farawahida Razali, 28, berkata, dia mengambil keputusan tersebut kerana tidak mampu menguruskan perkahwinan itu sendirian kerana sibuk dengan aktiviti nyanyian.

"Pada mulanya saya dan keluarga ingin uruskan sendiri majlis itu tetapi kerana saya sibuk dengan pelbagai aktiviti seni saya mengambil keputusan untuk menggunakan khidmat perancang perkahwinan.

"Mereka lebih profesional dalam menguruskan hal-hal melibatkan perkahwinan manakala saya dan keluarga boleh memberi tumpuan kepada perkara-perkara kecil seperti cenderahati kepada tetamu dan jemputan," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Farawahida dan bakal suami yang enggan didedahkan identitinya buat masa ini telah berkenalan selama lapan tahun dan majlis pernikahan pasangan itu akan berlangsung di Taiping, Perak.

Dalam pada itu, Farawahida berkata, dia sudah memilih tarikh untuk hari bahagianya itu namun tidak dapat mendedahkan perkara itu buat masa ini sehinggalah kad jemputan diedarkan.

"Tarikh sudah ada tetapi saya tidak boleh dedahkan dahulu kerana kad undangan pun belum ditempah lagi tetapi saya sendiri akan edarkan jemputan kepada semua, Insya-Allah," ujarnya.

Sementara itu, Farawahida berkata, dia dan bakal suaminya sudah pun menjalani kursus perkahwinan pada minggu lalu di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Bercakap mengenai perkembangan kerjaya seni, Farawahida bersyukur rezekinya dalam bidang nyanyian masih murah walaupun tidak bernaung dengan mana-mana syarikat rakaman atau pun pengurusan.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan