10 Penerbit Beli 5,000 Tiket, Sokong 'KL Gangster 2'

Diterbitkan: Rabu, 9 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yusof Haslam (tengah) mendapat sokongan para penerbit selepas filemnya, KL Gangster2 dicetak rompak.
Yusof Haslam (tengah) mendapat sokongan para penerbit selepas filemnya, KL Gangster2 dicetak rompak.

KUALA LUMPUR: Seramai 10 penerbit filem bumiputera mengambil inisiatif dengan membeli sebanyak 5,000 keping tiket filem arahan Syamsul Yusof iaitu KL Gangster 2 sebagai tanda sokongan terhadap karya berkenaan yang telah dicetak rompak sebelum ia ditayangkan di pawagam.

Penerbit Eksekutif Nusa Bakti, Isma Liza atau Isma AF berkata, tiket-tiket tersebut akan diedarkan di empat buah pawagam iaitu Tanjung Golden Village (TGV), Golden Screen Cinemas (GSC), MBO Cinemas dan Cathay bermula Khamis ini untuk pembeli tiket bertuah di seluruh Malaysia.

"Setiap penerbit telah membeli 500 keping tiket dan secara keseluruhannya kami berjaya mengumpul 5,000 tiket dan ia akan diberikan kepada penonton bertuah.

"Jika mereka ingin dapatkan sekeping tiket percuma mereka perlu membeli dua tiket filem KL Gangster 2, " katanya pada sidang media yang diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini, Selasa.

Antara penerbit filem yang terlibat adalah Datuk Yusof Haslam selaku penerbit KL Gangster 2, Afdlin Shauki, Aziz M. Osman, Rosyam Nor, Othman Hafsham, Jurey Latiff Rosley, Norman Abdul Halim dan Mohd Nor Kadir.

Setakat Selasa lalu, filem berkenaan telah berjaya mengutip RM3.5 juta hanya selepas lima hari ditayangkan.

Dalam pada itu, Yusof berkata, sokongan yang diberikan rakan-rakan terhadapnya disifatkan sebagai penyatuan mereka untuk menentang cetak rompak yang semakin berleluasa.

Malah kata Yusof, ia adalah sebagai satu suara untuk memastikan kerajaan mengambil tindakan segera terhadap isu tersebut.

"Isu cetak rompak bukan sesuatu yang baharu tetapi respons daripada kerajaan agak perlahan dalam isu ini.

"Ia mungkin terjadi kepada filem saya sekarang tetapi adakah perkara ini tidak akan berulang kepada penerbit lain," ujarnya.

Bagaimanapun kata Yusof, beliau terharu dengan sokongan yang diberikan rakan-rakannya dan ia menandakan semua penerbit di negara ini bersatu hati.

"Ia bukan sekadar sokongan tetapi kami akan lebih aktif dalam merancang pelbagai aktiviti bagi memperluaskan suara kami sebagai penerbit.

"Malah kami akan sedaya upaya untuk mengesan dalang yang menyebarkan filem berkenaan secara haram," jelasnya.

Sementara itu, Norman yang mewakili KRU Studios berkata, pihaknya akan membantu Skop Production dalam menjual filem berkenaan di peringkat antarabangsa selepas melihat filem itu berpotensi untuk dipasarkan ke pasaran global.

Malah kata Norman, pihaknya akan membawa filem berkenaan ke beberapa festival filem seperti di Berlin, Cannes dan Los Angeles.

"Ini bukan pengakhiran kepada KL Gangster 2 kerana ia baru bermula dan filem ini berpotensi di peringkat antarabangsa," jelasnya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan