'Saya Tiada Masalah Dengan Wartawan' - Iqram Dinzly

Diterbitkan: Selasa, 8 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Iqram mengakui tidak pernah mempunyai masalah dengan mana-mana wartawan sepanjang terlibat sebagai artis.
Iqram mengakui tidak pernah mempunyai masalah dengan mana-mana wartawan sepanjang terlibat sebagai artis.

PETALING JAYA: Pelakon Iqram Dinzly tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan pihak media dan menyifatkan hubungannya dengan para wartawan sebagai baik sepanjang bergelar artis.

Iqram, 32, berkata, walaupun menyedari ada segelintir wartawan yang tidak senang dengannya, namun dia sentiasa bersikap profesional ketika bertemu di majlis-majlis hiburan.

"Setakat ini saya tidak mempunyai masalah dengan mana-mana wartawan dan saya sentiasa menghormati mereka yang banyak membantu memperkenalkan saya dalam bidang ini.

"Malah jika bertemu di majlis-majlis hiburan saya akan memastikan akan menegur dan bersalaman dengan wartawan tidak kira saya kenal atau pun tidak," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Isnin.

Iqram melalui laman Instagram miliknya pada Ahad lalu meluahkan rasa kecewa terhadap penulis gosip sebuah akhbar yang menyelar sikapnya menegur penulisan sebuah akhbar pada minggu sebelum itu mengenai perilaku seorang artis wanita.

Dalam pada itu, mengulas mengenai insiden berkenaan, Iqram berkata, status tersebut bukan ditujukan kepada mana-mana wartawan sebaliknya hanya kepada penulis ruangan pojok itu sahaja.

Jelas Iqram, sebagai seorang manusia dia mengakui terguris hati dengan kenyataan penulis tersebut kerana isu yang dibangkitkan hanya perkara kecil.

"Menegur itu tidak salah tetapi biarlah dengan cara yang betul dan saya rasa sesiapa pun akan terasa hati apabila diselar begitu dan tulisan penulis itu secara terang-terangan menghentam saya tanpa mengetahui situasi sebenar.

"Apakah maksud penulis itu artis perlu 'tunduk' dengan wartawan kerana bimbang kena 'carut' dan kata-kata begitu tidak sepatutnya ditulis. Siapakah dia untuk menentukan rezeki saya dan artis lain selain Allah?," soalnya.

Tambah Iqram, penulis ruangan gosip itu sengaja memperbesar-besarkan isu tersebut sedangkan ia hanya perkara remeh sahaja.

Sementara itu, mengulas mengenai status tersebut yang mendapat perhatian daripada para peminatnya, Iqram berkata, dia tidak berhak untuk menghalang mereka bersuara untuk meluahkan pendapat mengenai insiden itu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan