Simon Cowell Ambil Anjing Dari Pusat Perlindungan - Berita Hiburan | mStar

Simon Cowell Ambil Anjing Dari Pusat Perlindungan

Diterbitkan: Isnin, 7 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Simon Cowell
Simon Cowell

PENGKRITIK Simon Cowell baru sahaja mengambil dua ekor anjing dari sebuah pusat perlindungan haiwan sebagai binatang peliharaannya.

Jelas Simon seperti dipetik Majalah People, dia mengambil haiwan tersebut daripada pusat perlindungan dengan tujuan menyelamatkan anjing tersebut.

Dia juga berkata, dia tidak akan membeli haiwan peliharaan sebaliknya memilih untuk membela anjing-anjing itu dengan niat memberi perlindungan kepada haiwan tersebut.

Dalam pada itu, Simon melalui laman sosial Twitter miliknya meminta pengikut mencadangkan nama untuk haiwan peliharaannya itu.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan