Program Keagamaan 'Muhammadku' Ganti 'Al-Kuliyyah'

Diterbitkan: Ahad, 6 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid sebagai pengacara program Muhammadku.
Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid sebagai pengacara program Muhammadku.

PETALING JAYA: Sebuah program terbaharu terbitan TV3 iaitu Muhammadku bakal menggantikan Al-Kuliyyah yang bakal membawa penonton merasai dan mencontohi insan agung iaitu Rasulullah SAW melalui pelbagai topik akhlak menarik yang disampaikan setiap minggu.

Program yang bersiaran setiap hari Jumaat pada pukul 5 petang itu bakal menampilkan pendakwah terkenal Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid sebagai pengacara rancangan itu.

Program terbaharu yang penuh dengan teladan dan bersifat kerohanian itu dijangka mampu menarik minat variasi golongan penonton dan penampilan Habib Ali sebagai pemimpin progam ini dapat menyampaikan pengisian ilmiah berdasarkan sirah junjungan mulia Nabi Muhammad dengan lebih berkesan.

Habib Ali akan menggunakan konsep penceritaan dan dibantu dengan replika set berupa sebuah madrasah berusia 1400 tahun dahulu bersama dengan tata cahaya yang sangat tenang serta mampu menyentuh ke titik hati para penonton demi mengimbas dakwah dan akhlak Baginda.

"Antara keperibadian Rasulullah SAW yang bakal diceritakan termasuklah sifat solat Baginda, perjalanan haji mabrur dan banyak lagi kisah akhlak terpuji meliputi setiap disiplin kehidupan yang perlu dan wajib diketahui dan diteladani oleh umat Baginda.

Habib Ali yang dilahirkan 12 April 1974 telah mengembara ke merata tempat di seluruh dunia untuk menuntut ilmu termasuklah di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia, dalam jurusan Al-Quran dan Sunnah.

Berlatarbelakangkan pendidikan dan pembangunan diri Habib Ali yang dinamik dan menyeluruh, diregukan dengan bakat semula jadi dan kemahiran berdakwah menjadikan beliau seorang pendidik dan pendakwah yang bukan sahaja dikenali.

Sepanjang perkongsian ilmu rancangan 13 episod ini, setiap episod Muhammadku juga diserikan dengan persembahan Kumpulan Ahbabul Habib mengalunkan kegermisikan Qasidah puji-pujian kepada junjungan besar ke atas Baginda yang juga selama ini alunannya semakin dilupakan.

Diterbitkan oleh Siti Zainah Juahir bersama Penerbit Eksekutif Ahmad Noor Sulaiman, Muhammadku turut boleh ditonton menerusi laman web www.tonton.com.my.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan