Hubungan Naomi Watts-Nicole Kidman Renggang

Diterbitkan: Ahad, 6 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Naomi dan Nicole sentiasa menemani di antara satu sama lain ketika menghadiri majlis anugerah.
Naomi dan Nicole sentiasa menemani di antara satu sama lain ketika menghadiri majlis anugerah.

UMUM mengetahui dua bintang terkenal Hollywood iaitu Naomi Watts dan Nicole Kidman sangat akrab namun hubungan tersebut dikatakan telah berantakan sejak akhir-akhir ini.

Seperti dilaporkan Showbizspy, masalah mula muncul di antara mereka apabila Nicole dilaporkan telah menolak untuk menghadiri acara 60 Minutes yang diadakan khusus untuk meraikan Naomi sebagai salah seorang calon Anugerah Akademi.

Naomi dikatakan terluka dengan tindakan Nicole dan sebagai rakan baik dia berasa tidak dihargai oleh wanita itu dan ketegangan dalam hubungan mereka mula berlaku sejak itu.

Sumber turut memberitahu, persaingan dalam bidang lakonan juga turut menyebabkan hubungan mereka bermasalah apabila kedua-dua bintang itu bakal muncul dalam filem biografi.

Nicole dikatakan tidak mahu kalah dengan Naomi yang bakal muncul dengan filem tribute kepada Puteri Diana apabila dia akan tampil dengan filem Grace Kelly.

Kedua-dua bintang tersebut bagaimanapun enggan mengulas mengenai gosip yang melanda mereka apabila ditanya mengenai perkhabaran itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan