Suria FM Terima 7,562 Bil Pendengar RM50 Ribu

Diterbitkan: Sabtu, 5 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penyampai Suria FM turut memeriahkan acara bersama pendengar di Sungai Petani Kedah yang diadakan pada 28 September lalu.
Penyampai Suria FM turut memeriahkan acara bersama pendengar di Sungai Petani Kedah yang diadakan pada 28 September lalu.

PETALING JAYA: Stesen radio Suria FM menerima sebanyak 7,562 bil daripada pendengar sepanjang kempen Suria Bayarkan yang berlangsung dari 2 September hingga 27 September lalu.

Pengurus Program Suria FM, Adiwati Zainuddin berkata, pihaknya tidak menyangka dengan sambutan pendengar selain menganggap kempen tersebut sebagai satu kejayaan.

"Pihak Suria FM telah membelanjakan RM50,000 untuk menjelaskan bil-bil pendengar kami dan sambutan yang diterima di luar jangkaan iaitu sepanjang kempen itu berlangsung," katanya dalam satu kenyataan kepada mStar Online di sini pada Jumaat.

Kempen Suria Bayarkan memberi ruang kepada stesen radio itu memilih bil yang dihantar oleh para pendengar menerusi laman web rasmi dengan kaedah tertentu sebelum peserta terpilih perlu menghubungi stesen radio itu dalam masa 15 minit sebaik sahaja nama diumumkan.

Dalam pada itu, Adiwati memberitahu program Zon Ceria Suria FM yang berlangsung di Sungai Petani, Kedah pada 28 September lalu telah menarik hampir 1,200 pendengar yang memeriahkan kempen Zon Ceria Suria FM yang diadakan di D'King Mee Udang dan Ikan Bakar Sungai Petani.

Jelas Adiwati, peminat mula berkumpul di restoran berkenaan sejak pukul 7 malam sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan.

"Bilangan yang hadir cukup menggalakkan daripada peminat yang bukan sahaja datang dari Kedah tetapi juga Perlis dan Pulau Pinang," katanya.

Pada majlis tersebut pihak Suria FM telah menaja sebanyak 1,200 pinggan mi udang kepada peminat dalam acara yang turut disertai penyampai Halim Othman, Linda Onn, Reza Mohamed, Seri Nordin, DJ Lin dan JJ.

"Pada asalnya kami menganggarkan hanya 600 pendengar akan tampil dan tidak menyangka jumlah itu bertambah sekali ganda daripada telahan awal.

"Namun pihak kami amat terharu dengan sokongan para pendengar Suria FM dan berharap acara ini akan diadakan lagi pada masa hadapan," jelasnya.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan