'Pergi' Bawa Jesselton Ke Muzik Arus Perdana

Diterbitkan: Sabtu, 5 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kumpulan Jesselton melancarkan single terbaharu mereka berjudul Pergi.
Kumpulan Jesselton melancarkan single terbaharu mereka berjudul Pergi.

PETALING JAYA: Kumpulan muzik baharu iaitu Jesselton berharap pertaruhan single pertama berjudul Pergi mampu membawa mereka ke pasaran arus perdana selepas lapan tahun berada dalam industri muzik indie.

Ketua kumpulan yang merangkap pemain gitar, Redzuan Zahari, 32, berkata, lagu ciptaan Zimi (Sofaz) itu mempunyai keistimewaan tersendiri dan mengekalkan genre moden pop rock yang diperjuangkan.

"Jesselton ditubuhkan sejak 2006 lagi namun kami bergerak secara persendirian sahaja namun selepas bertemu dengan Alibi Music barulah kami berpeluang untuk berada di industri muzik arus perdana ini.

"Biarpun banyak menyertai pelbagai pertandingan nyanyian serta mempunyai pengikut tersendiri namun kini baru ada rezeki untuk kami berada di sini," katanya kepada mStar Online ketika pelancaran single berkenaan.

Turut hadir Pengurus Urusan Alibi Music, Ferhard Ahmad.

Tambah Redzuan, kumpulan ini mempertaruhkan vokalis wanita bagi memberi kelainan terutamanya ketika industri muzik tempatan dibanjiri band penyanyi lelaki.

"Kami berazam untuk memberi kelainan dalam industri muzik dengan irama pop rock yang lebih segar dan diterima peminat muzik tempatan.

"Lebih istimewa kumpulan kami menggunakan vokalis wanita iaitu Suhaila yang membezakan daripada kebanyakan kumpulan muzik yang kebiasaannya dimonopoli lelaki," katanya sambil memberitahu nama Jesselton yang diambil daripada nama sebuah tempat di Sabah.

Ia dianggotai oleh Suhaila Saadon (vokalis), Zabidi Mohd Idris (gitar utama), Azhar Ismail (bass) dan Mukhsal Ismail (drum).

Tambah Redzuan, mereka dalam proses merakamkan tiga single lain yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Lagu Pergi sudah dimainkan di radio-radio tempatan sejak April lalu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan