Hairi Safwan Mangsa Dengki Pelakon Di Lokasi

Diterbitkan: Sabtu, 5 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hairi Safwan
Hairi Safwan

PETALING JAYA: Pelakon Hairi (Anak Wayang) mendedahkan populariti yang diterimanya ketika ini membuatkan segelintir pelakon mula menaruh perasaan dengki terhadapnya.

Hairi atau nama sebenarnya Mohd Hairi Safwan Aznan, 25, berkata, keadaan itu sering berlaku ketika di set penggambaran namun dia mengambil sikap positif dengan tidak mengendahkan perkara-perkara kecil berkenaan.

"Biasalah, menjadi pelakon banyak dugaan. Antaranya, ada juga beberapa artis yang suka dengki dengan orang, dan saya salah seorang mangsanya.

"Ada sahaja yang tak kena. Ada yang bersikap nak tunjuk hebat dan ada juga yang sengaja cari fasal di set penggambaran. Bagaimanapun saya anggap ia sebagai asam garam sebagai pelakon yang ingin berjaya," katanya kepada mStar online.

Tambah Hairi, dia bersyukur, sejak bergelar juara program Anak Wayang pada tahun 2009, rezekinya dalam bidang lakonan tidak pernah berhenti.

Walaupun kurang popular, Hairi tetap menjaga kualiti kerja lakonannya agar disenangi pengarah dan penerbit.

Sementara itu, Hairi menyifatkan perubahan status sebagai suami selepas mendirikan rumah tangga dengan seorang guru pada tahun hadapan tidak akan menjejaskan kariernya.

Hairi telah bertunang dengan Fara Afiza Azman, 23, iaitu anak kepada Editor Majalah Kuntum, Asma Saad pada Ogos lalu.

Dalam perkembangan lain, Hairi bakal muncul dengan drama bersiri Aku menerusi slot Aksi bermula 9 Oktober ini.

Selain itu Hairi juga turut akan muncul menerusi drama Sumbu Pelita pada sambutan Hari Raya Aidiladha.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan