Penjenamaan Semula Karyawan Untuk Bela Nasib Artis

Diterbitkan: Jumaat, 4 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Freddie Fernandez
Freddie Fernandez

KUALA LUMPUR: Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) akan melakukan penjenamaan semula terhadap struktur dan aktiviti tahunan persatuan itu dalam masa terdekat.

Presidennya, Datuk Freddie Fernandez berkata, perancangan itu akan dilaksanakan supaya objektif dan hala tuju persatuan lebih jelas sejajar dengan matlamat Karyawan untuk membela nasib golongan artis.

"Mesyuarat bersama ahli pada hari ini (Khamis) diadakan untuk memaklumkan tentang perancangan kami bagi melaksanakan penjenamaan semula.

"Ia dilakukan bagi memastikan nasib semua artis yang berdaftar di bawah Karyawan akan terbela," katanya kepada mStar Online pada Mesyuarat Luar Biasa Karyawan di Hotel Adamson di sini, Khamis.

Seramai 150 ahli berdaftar hadir pada mesyuarat itu yang dipengerusikan oleh Freddie.

Dalam perkembangan sama, Freddie berkata, pihaknya akan menambah bilangan ahli dalam setiap biro yang diwujudkan seperti muzik, lakonan dan kebajikan bagi memantapkan persatuan itu.

Jelasnya, setiap biro juga diminta untuk mengadakan mesyuarat bulanan supaya perancangan yang diatur dapat dilaksanakan dengan baik.

"Pihak saya akan pastikan semua biro bergerak aktif dan tidak hanya menunggu sahaja masalah. Sebab itu mesyuarat secara kerap setiap biro perlu diadakan bagi memastikan perancangan yang dibuat berjalan lancar," ujarnya.

Selain itu kata Freddie, Karyawan akan memantapkan takwim aktiviti tahunan untuk ahli dengan memperbanyakkan program-program menarik.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan