Zizan Razak Nafi Masam Muka Dengan Johan

Diterbitkan: Khamis, 3 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gambar Johan (kiri) dan Zizan ketika pertandingan Maharaja Lawak.
Gambar Johan (kiri) dan Zizan ketika pertandingan Maharaja Lawak.

PETALING JAYA: Pelawak dan pelakon Zizan Razak menafikan mempunyai masalah dalaman ataupun bermasam muka dengan pasangan gandingannya dalam kumpulan Jozan iaitu Johan.

Namun, Zizan, 29, mengakui agak sukar berjumpa dengan rakannya itu kerana kedua-dua mereka mempunyai komitmen kerja masing-masing.

"Kami tiada apa-apa masalah cuma sekarang masing-masing sibuk dengan kerja, waktu kerja pula berbeza, kebiasaannya masa dia tidur, saya baru bangun.

"Tapi kami sering berhubung dan bertanya perkembangan cuma akhir-akhir ini mungkin kurang digandingkan di televisyen," katanya kepada mStar Online.

Zizan berkata demikian ketika ditanya tentang khabar angin kononnya dia dan Johan sukar untuk ditemukan.

Bagaimanapun, Zizan berkata, dia sering mencari kesempatan untuk bertemu dengan Johan di studio radio jika mempunyai tugasan di Astro.

"Kalau ada promosi di radio atau televisyen di Astro saya akan ambil kesempatan untuk bertemu dia.

"Saya sanggup tukar masa tidur saya untuk datang bertemu dia terlebih dahulu," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan