Wan Nor Azlin Letak Syarat Untuk Kahwin Semula

Diterbitkan: Rabu, 2 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Wan mengakui tidak memikirkan soal kahwin buat masa ini kerana ingin memberikan tumpuan kepada anak-anaknya.
Wan mengakui tidak memikirkan soal kahwin buat masa ini kerana ingin memberikan tumpuan kepada anak-anaknya.

PETALING JAYA: Pelakon Wan Nor Azlin bersedia untuk berkahwin semula sekiranya lelaki yang melamarnya itu dapat menerima dan menyayangi tiga anaknya hasil daripada perkahwinan terdahulu.

Wan, 45, berkata, perkara itu menjadi keutamaan tidak mahu anak-anaknya berasa tersisih jika dia mengambil keputusan untuk berumah tangga.

"Saya bukan muda lagi untuk bercinta tetapi jika bertemu jodoh semula saya terima dan paling penting lelaki tersebut kena menerima dan menyayangi anak-anak saya.

"Jika dia dapat menerima mereka maka saya percaya dia akan sayang saya seadanya. Selain ikhlas dan jujur lelaki itu perlu mampu menjaga dan menyara kami anak beranak," katanya kepada mStar Online.

Wan dan Mohd Yazli Yaacob disahkan bercerai pada Mac lalu dan pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danial Luqman, 12, Danny Iskandar, 11, dan Dania Camelia, 8 tahun.

Tambah Wan, dia tidak menafikan ada didekati oleh beberapa lelaki namun mengakui hatinya masih belum terbuka untuk mendirikan rumah tangga.

"Fokus saya sekarang hanyalah pada kerjaya dan tanggungjawab saya untuk membesarkan anak-anak. Saya selesa sendiri. Memang ada yang mendekati saya tetapi hati masih belum terbuka," tuturnya.

Wan bagaimanapun tidak menafikan kadang-kala berasa sunyi selepas ditinggalkan suami tanpa sebarang khabar berita sejak tujuh tahun lalu.

"Bohong kalau saya katakan saya tidak sunyi tanpa teman hidup selepas tujuh tahun digantung tidak bertali namun anak-anak lebih utama dan bersyukur mereka sentiasa di samping saya," katanya.

Sementara itu, Wan berkata, walaupun telah mengharungi pelbagai cabaran namun ia langsung tidak mematahkan semangatnya malah mengakui ia telah menjadikannya sebagai seorang wanita yang lebih tabah dan berani.

Dia juga sentiasa yakin ada hikmah di sebalik kejadian yang menimpa dan berharap sentiasa kuat untuk membesarkan anak-anak.

"Tujuh tahun saya ditinggalkan tanpa sebarang khabar berita apatah lagi tidak diberikan nafkah dan sepanjang tempoh itu saya membesarkan anak-anak selain pelbagai dugaan yang datang.

"Namun saya bersyukur masih diberi kekuatan dan semangat untuk tempuh setiap perkara yang datang dan ia sebenarnya telah mematangkan saya sebagai seorang wanita dan manusia," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, dia bakal muncul dengan sebuah drama bersiri sebanyak 26 episod iaitu Mencintaimu yang diarahkan oleh Azizi 'Chunk' Adnan di samping pelakon seperti Raja Ema, Beego, Intan Ladyana, Amran Ismail dan Mustafa Kamal.

Ia bakal bersiaran bermula Khamis ini pukul 9 malam melalui slot Selekta Prima di TV2.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan