Vin Diesel Terima 46 Juta Peminat Gara-Gara Mutiara Kata

Diterbitkan: Rabu, 2 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Diesel memberitahu setiap kata-kata yang ditulis di laman sosial tersebut merupakan tugasan besar baginya.
Diesel memberitahu setiap kata-kata yang ditulis di laman sosial tersebut merupakan tugasan besar baginya.

PELAKON Vin Diesel menerima 46 juta peminat di laman sosial Facebook yang memetik dan berkongsi kata-kata inspirasinya menerusi laman sosial tersebut.

Seperti dipetik Daily Star, Diesel telah menulis satu petikan iaitu; ‘seseorang itu tidak perlu menunggu untuk masa yang sempurna sebaliknya perlu membuat ia sempurna’ telah menjadi kata-kata inspirasi paling banyak dikongsi di laman sosial berkenaan.

Dalam satu lagi mutiara kata yang ditulisnya iaitu; ‘malaikat boleh menukar benci kepada cinta, menukar racun kepada ubat dan menggantikan mimpi kepada realiti’ telah menerima 200,718 perkongsian.

Tambah Diesel, setiap kata-kata yang ditulisnya di laman sosial tersebut merupakan sebuah tugasan besar baginya.

Difahamkan bahawa Diesel dijemput ke ibu pejabat Facebook di California, Amerika Syarikat untuk bercakap tentang kejayaannya mencipta kata-kata motivasi tersebut.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan