Ainan Tasneem Bukan Mahu Sertai Parti Pembangkang

Diterbitkan: Rabu, 2 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ainan Tasneem
Ainan Tasneem

KUALA LUMPUR: Penyanyi kelahiran YouTube, Ainan Tasneem menganggap kehadirannya pada majlis atas jemputan parti politik pakatan pembangkang bukan untuk menyertai parti itu.

Ainan, 21, berkata, dia hanya memenuhi undangan bagi melaksanakan tugasnya sebagai seorang penyanyi tanpa mengira ideologi yang dibawa oleh sesebuah parti politik.

"Saya hadir pada majlis politik bukan untuk beri ceramah atau berkempen tetapi memenuhi undangan nyanyian sahaja.

"Sejak dua tahun lalu ketika awal-awal dikenali lagi saya sudah beberapa kali buat persembahan di negeri-negeri yang diperintah pembangkang," katanya kepada mStar Online.

Tambah Ainan, dia tidak menganggap tindakan tersebut sebagai satu kesalahan yang mungkin menjejaskan kedudukannya sebagai artis baharu dalam industri muzik tanah air.

"Saya masih muda dan saya belum pernah mengundi jadi saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang penghibur. Saya tidak takut atau berasa ia satu kesalahan kerana di situ adalah rezeki saya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ainan yang baru melancarkan album sulung berjudul Aku Suka Dia sedang sibuk dengan penggambaran klip video untuk single terbaharunya Kamu Saja.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan