Sambutan Hebat, Teater 'Maduku Kalut' Dilanjutkan Sehingga Hari Ini

Diterbitkan: Selasa, 1 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Barisan pelakon Maduku Kalut iaitu Nad Zainal, Izzue Islam dan Jihan Musa.
Barisan pelakon Maduku Kalut iaitu Nad Zainal, Izzue Islam dan Jihan Musa.

PETALING JAYA: Teater Maduku Kalut yang sepatutnya berakhir pada Isnin dilanjutkan sehingga Selasa (hari ini) berikutan sambutan di luar jangkaan.

Penerbit teater, Mohd Amer Syafiq berkata, persembahan yang berlangsung selama lima hari itu bermula pada 27 September lalu antara lain memberi peluang kepada orang ramai yang gagal mendapatkan tiket menyaksikannya.

"Pihak kami dan Istana Budaya berbesar hati untuk melanjutkan tempoh persembahan teater ini satu hari lagi iaitu pada Selasa atas permintaan ramai.

"Ramai yang kecewa dan balik dalam keadaan hampa kerana gagal mendapatkan tiket pada kelima-lima hari pementasan," katanya kepada mStar Online, di sini, Selasa.

Tambah Amer, pertambahan hari pementasan itu menunjukkan teater komedi yang sebelum ini kurang mendapat perhatian mula diterima ramai terutamanya golongan muda.

Selain itu, barisan pelakon yang memberi persembahan mantap turut menjadi punca kejayaan pementasan teater tersebut.

"Barisan pelakon yang popular dan berbakat besar turut menarik perhatian ramai selain mempunyai pengikut tersendiri," katanya.

Maduku Kalut adalah sebuah naskhah daripada karya Inggeris popular Run For Your Wife tulisan Roy Cooney, yang mula dipentaskan kali pertama di West End, London, England pada 1983.

Teater ini dibintangi pelakon popular Izzue Islam, Nad Zainal, Jihan Musa, Karl Shafek, Sofian Bujang, Fazleena Hishamuddin dan Nasz Sally.

Maduku Kalut mengisahkan tentang seorang pemandu teksi, Selamat (Izzue Islam) yang berkahwin dua, namun isteri-isterinya tidak mengetahui bahawa mereka telah dimadukan.

Keadaan menjadi kecoh apabila Selamat terlibat dalam satu kemalangan yang menyebabkan rahsianya terbongkar.

Tiket menyaksikan persembahan dijual dengan harga RM35, RM55 dan RM85 yang boleh didapati di AirAsiaRedTic.com atau di kaunter BoxOffice, Istana Budaya.

Orang ramai juga boleh menghubungi Amirul di talian 013-3962612.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan