Zain Saidin Mohon Maaf, Tiada Niat Sorok Majlis Risik

Diterbitkan: Isnin, 30 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gambar majlis merisik Zain Saidin dan Rozita Che Wan foto AnnasEaskey Photography.
Gambar majlis merisik Zain Saidin dan Rozita Che Wan foto AnnasEaskey Photography.

PETALING JAYA: Pelakon Zain Saidin, memohon maaf kepada mana-mana pihak yang berkecil hati kerana tidak menjemput ke majlis merisik antara dia dengan aktres Rozita Che Wan, 40, yang diadakan di Carcosa Seri Negara dekat sini pada Ahad.

Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 29, berkata, dia tidak berniat untuk menyembunyikan majlis berkenaan sebaliknya ia diadakan secara kecil-kecilan melibatkan ahli keluarga terdekat sahaja.

“Saya memohon maaf kepada mana-mana pihak termasuklah kawan-kawan artis, rakan-rakan media atau sesiapa sahaja yang berkecil hati kerana saya tidak menjemput mereka.

"Saya nak jelaskan, ia hanya majlis merisik. Bukan bertunang. Hanya keluarga terdekat sahaja yang hadir,” katanya ketika menghubungi mStar Online di sini pada Isnin.

Zain berkata, pada majlis yang diadakan kira-kira pukul 3 petang itu, hanya 20 ahli keluarganya hadir manakala keluarga Rozita pula seramai 30 orang.

Pada majlis itu dia turut menghadiahkan sebentuk cincin sebagai tanda untuk memiliki Rozita.

Ditanya mana mungkin majlis berkenaan diadakan secara kecil-kecilan kerana ia diadakan di sebuah lokasi yang gah Zain berkata, ia kelihatan seperti meriah kerana majlis itu ditaja banyak pihak melibatkan dekorasi dewan, pakaian, solekan dan khidmat jurugambar.

“Saya buat majlis itu selepas dapat ‘sponser’ melainkan dewan sahaja (bayar). Saya berjanji, pada majlis bertunang dan nikah yang akan diadakan serentak pada Disember depan, saya dan Rozita akan membuat jemputan rasmi,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan Zain memberitahu pihaknya masih mencari tarikh sesuai untuk mengadkan majlis pernikahan kerana ada beberapa lokasi yang dipilih mempunyai acara lain yang sudah ditempah awal.

Sementara itu Zain berkata dia akan mula bercuti pada November depan untuk memberi tumpuan kepada majlis pernikahannya selepas pulang mengdakan penggambaran telefilem Oh My English di Amerika Syarikat.

Zain dan Rozita pada mulanya dikatakan bercadang untuk bernikah di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, dekat sini.

Rozita yang pernah berkahwin sebelum ini mempunyai dua orang anak iaitu Ammar Effendy, 17, dan Aniq Ezra, yang berusia 15 tahun.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan