Filem 'Paku' Bukan Karya Ciplak 'Paku Pontianak'

Diterbitkan: Sabtu, 28 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Salah satu babak dalam filem Paku ketika penggambaran dilakukan.
Salah satu babak dalam filem Paku ketika penggambaran dilakukan.

PETALING JAYA: Filem seram Paku tidak mempunyai kaitan dengan filem Paku Pontianak yang telah ditayangkan pada 22 Ogos lalu biarpun tajuk dan jalan ceritanya hampir sama iaitu berkisarkan tentang wanita meninggal dunia dihidupkan semula.

Pengarahnya, P Ramesh, berkata, filem Paku melakukan penggambaran dan siap terlebih dahulu sebelum filem Paku Pontianak.

"Pada asalnya memang nama tajuk filem ini ialah Paku Pontianak tapi terpaksa ditukar kerana ada filem lain yang menggunakan nama itu. Kami tidak meniru mana-mana filem," katanya pada sidang media selepas majlis pratonton treler Paku, di sini, Jumaat.

Tambahnya, filem tersebut mempunyai jalan cerita berbeza yang mana skrip asal diambil dari Indonesia yang ditulis oleh Alexander, namun telah diubah suai mengikut kesesuaian masyarakat negara ini.

"Mungkin subjek sama iaitu menggunakan kepercayaan tentang mitos cerita hantu tentang puntianak namun jalan cerita berbeza.

"Skrip Paku kita ambil dari Indonesia dan telah digubah mengikut kesesuaian dan sensitiviti masyarakat kita," katanya.

Jelasnya, beberapa adegan panas dan khurafat telah dipotong untuk menjaga sensitiviti orang ramai.

Sementara itu, Ramesh berkata, sepanjang penggambaran, pihaknya berhadapan dengan pengalaman seram apabila diganggu makhluk halus.

"Setiap kali penggambaran di tempat-tempat yang agak ‘keras’ kami akan bawa seorang ustaz atau budak-budak tahfiz.

"Ketika di Highlands Tower memang kami ada rasa seram dan pengalaman diganggu oleh makhluk seperti jin apabila makhluk itu muncul dalam setiap gambar-gambar yang diambil," katanya.

Filem Paku berkisarkan tentang seorang suami yang tidak dapat menerima kematian isteri, lantas menggunakan ilmu hitam untuk menghidupkan kembali isterinya.

Filem terbitan Nusantara Seni Karya ini dibintangi oleh Aishah Alias, Johan As’ari, Azad Jasmin, Diddy Hirdi, Zaidi Omar dan Kamal Adli.

Ia akan ditayangkan di pawagam pada 12 Disember depan.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan