Aaron Aziz Terpaksa Disuntik Steroid Untuk Ke Cape Town - Berita Hiburan | mStar

Aaron Aziz Terpaksa Disuntik Steroid Untuk Ke Cape Town

Diterbitkan: Sabtu, 28 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Aaron Aziz yang menghidap sakit sendi tengkuk (cervical Facet Arthritis) telah dibenarkan keluar wad petang Jumaat selepas dimasukkan ke Pusat perubatan Prince Court, Kuala Lumpur pada Rabu lalu.

Isteri Aaron yang juga pengurusnya, Diyana Halik berkata, Aaron terpaksa meminta kebenaran untuk keluar wad kerana terpaksa bertolak ke Cape Town, Afrika Selatan bagi menjalani penggambaran Fear Factor Malaysia 2 pada malam Jumaat.

"Sepatutnya Aaron tidak dibenarkan ke mana-mana kerana perlu menjalani rawatan fisioterapi selama tiga bulan.

"Tetapi Aaron akan bertolak ke Cape Town pada malam ini juga (Jumaat) dan doktor membenarkannya keluar selepas diberi tiga kali suntikan steroid.

"Suntikan itu akan bertahan selama sebulan, sepanjang penggambaran Fear Factor Malaysia 2. Dan kemudian apabila pulang ke Malaysia, dia wajib menjalani rawatan itu selama tiga bulan," katanya yang dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Akhbar melaporkan Aaron telah dimasukkan ke wad setelah mengadu sakit leher sejak seminggu lalu.

Dia bagaimanapun terpaksa membiarkan sakitnya itu semata-mata mahu menyelesaikan penggambaran sebuah telefilem sehingga menyebabkan penyakit berkenaan menular ke tangan dan jari sehingga menjadi kebas.

Penyakit berkenaan menyebabkan lehernya senget dan tidak boleh bergerak.

Terdahulu, aktor kelahiran Singapura itu pernah beberapa kali dikejarkan ke hospital termasuklah kecederaan yang dialami ketika berada di lokasi penggambaran.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan