Zain Saidin Terkejut Gosip Bertunang Dalam Diam

Diterbitkan: Jumaat, 27 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zain Saidin dan Rozita Che Wan
Zain Saidin dan Rozita Che Wan

PETALING JAYA: Pelakon Zain Saidin terkejut mendengar khabar angin kononnya dia telah bertunang secara senyap dengan aktres, Rozita Che Wan pada Rabu lalu.

Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 29, bagaimanapun menafikan berita tersebut dan menganggap gosip berkenaan adalah mengarut.

"Semalam (Rabu) saya duduk rumah sahaja, mana ada kami buat majlis bertunang. Entah mana datang cerita mengarut ini?

"Kami masing-masing sibuk dengan kerja lagi dan belum berkesempatan untuk mengikat tali pertunangan," katanya yang dihubungi mStar Online pada Khamis.

Zain bagaimanapun tidak menafikan hasrat untuk mengadakan sebuah majlis pertunangan namun masih lagi belum diputuskan lagi memandangkan dia sibuk dengan penggambaran Oh My English dan Fear Factor Selebriti Malaysia 2 sehingga bulan November depan.

"Jika tiada aral, kami akan membuat sidang media khas untuk membuat pengumuman berkaitan majlis kami," ujarnya.

Dalam pada itu, Zain berharap, tiada lagi pihak yang cuba mereka-reka cerita yang tidak benar berkaitan perhubungannya dengan Rozita kerana ia boleh disalah tafsir oleh segelintir pihak.

Zain dan Rozita dikatakan bercadang untuk bernikah pada Disember depan di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam dekat sini.

Rozita yang pernah berkahwin sebelum ini mempunyai dua orang anak iaitu Ammar Effendy, 17, dan Aniq Ezra, yang berusia 15 tahun.

Dalam perkembangan lain Zain juga sibuk dengan penggambaran drama berjudul Cucur Bawang Kopi O terbitan RTM.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan