'Saya Akan Komen Jika Segalanya Pasti' - Almy Nadia

Diterbitkan: Khamis, 26 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gambar bersama ketika program Melodi Aidilfitri lalu
Gambar bersama ketika program Melodi Aidilfitri lalu

PETALING JAYA: Pelakon Almy Nadia hanya akan menjawab segala teka-teki tentang hubungan dia dengan bekas kekasihnya iaitu pelakon Fizz Fairuz selepas semuanya jelas dan pasti.

Almy Atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 27, berkata, buat masa ini dia memilih untuk berdiam diri dan menyerahkan segalanya kepada Fizz Fairuz.

"Saya tidak mahu komen apa-apa tentang hubungan kami kerana saya perlu menjaga hati banyak pihak.

"Biar dia sahaja yang buat kenyataan itu kerana dia lelaki, saya hanya akan bercakap bila semuanya sudah jelas sahaja," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Almy berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataan Fizz Fairuz yang mengakui kembali menjalinkan hubungan cinta dan akan bernikah dengan wanita itu pada tahun hadapan.

Tambah Almy, buat masa ini pihak keluarganya juga belum mengetahui apa-apa tentang perkara itu.

Dalam pada itu, Almy yang kini tampil dengan imej berambut pendek mahu memulakan hidup baharu.

"Beberapa bulan yang lalu ini memang banyak dugaan dan ujian yang saya hadapi tapi Alhamdulillah semuanya semakin baik dan berjalan lancar.

"Sekarang saya cuba imej baru dengan berambut pendek pula sebagai simbolik memulakan kehidupan yang lebih baik," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan