Kemalangan Maut: Anak Ahmad Dhani Keluar Hospital

Diterbitkan: Khamis, 26 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kasih bapa...Ahmad Dhani menolak kerusi roda Dul selepas remaja berusia 13 tahun itu dibenarkan keluar hospital.
Kasih bapa...Ahmad Dhani menolak kerusi roda Dul selepas remaja berusia 13 tahun itu dibenarkan keluar hospital.

SELEPAS menjalani beberapa siri pembedahan dan rawatan intensif di hospital akhirnya Abdul Qodir Jaelani atau Dul telah dibenarkan untuk pulang ke rumah.

Menurut bapanya, Ahmad Dhani, keadaan anaknya itu sudah semakin sembuh dan gembira dengan perkembangan anaknya itu yang cukup bersemangat untuk benar-benar sihat.

"Keadaan Dul semakin baik selepas memberi respons yang cukup baik terhadap rawatan yang diberikan dan doktor telah membenarkannya pulang ke rumah," katanya seperti dilaporkan Kapan Lagi.

Tambah Ahmad Dhani, Dul kini sudah boleh kembali berjalan walaupun terpaksa menggunakan bantuan tongkat dan mula berselera untuk makan.

Dalam pada itu, Ahmad Dhani berkata, anaknya ada memberitahu dia menyesal dengan kejadian yang mengakibatkan enam orang terkorban dan 11 yang lain cedera.

Bagaimanapun dia bimbang apabila keluar dari hospital polis akan mula menyiasatnya untuk mengetahui punca kejadian pada malam tersebut.

"Dia bersyukur terselamat tetapi pada masa sama dia bimbang jika keluar dari hospital dia akan menjadi sasaran dan ada memberitahu lebih selesa duduk di hospital kerana berasa lebih selamat," katanya.

Dul, 13, sebelum ini mengalami cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan ngeri di Tol Jagorawi Bogor pada 8 September lalu.

Anggota kumpulan Lucky Laki itu ketika kejadian dilaporkan memandu kenderaan jenis Lancer Mitsubishi bersama seorang temannya untuk pulang ke Jakarta, Indonesia.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan