800 Pendengar Serbu Program 'Zon Ceri Suria FM' Di Terengganu

Diterbitkan: Rabu, 25 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penyampai radio Suria FM iaitu JJ, Halim Othman, Bob Ringgo dan Seri menghidangkan Nasi Dagang kepada peminat.
Penyampai radio Suria FM iaitu JJ, Halim Othman, Bob Ringgo dan Seri menghidangkan Nasi Dagang kepada peminat.

PETALING JAYA: Seramai 800 pendengar stesen radio Suria FM telah menyerbu Restoran Nasi Dagang Kak Pah di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu bersempena dengan program Zon Ceria Suria FM yang diadakan di negeri tersebut minggu lalu.

Ketua Bahagian Program Suria FM, Adiwati Zainuddin berkata, pihaknya tidak menyangka sambutan daripada pendengar di Terengganu cukup hebat bersempena dengan kempen Suria Bayarkan.

"Seawal pukul 8 pagi peminat Suria FM telah beratur di restoran berkenaan bagi bertemu dengan penyampai radio selain menikmati nasi dagang kak Pah dan semua bil pada hari tersebut telah dibayar oleh Suria FM.

"Kami amat berterima kasih kepada semua warga Terengganu yang sudi datang memeriahkan Zon Ceria. Dengan sambutan yang amat menggalakkan, kami gembira dapat buat pendengar di sini ceria dengan menikmati makanan bersama penyampai kami," katanya dalam satu kenyataan kepada mStar Online.

Antara penyampai radio yang turut hadir adalah Halim Othman, Seri Nazira, Bob Ringgo dan JJ.

Dalam pada itu, Adi berkata, Suria FM akan meneruskan program tersebut di Sungai Petani, Kedah pada 28 September ini di Mee Udang Banjir D'King Sungai Petani bermula pukul 8 pagi hingga 10 malam.

Tambah Adi, penyampai radio seperti Halim Othman, Reza Mohamed, Seri Nazira, Linda Onn, DJ Lin, dan JJ akan memeriahkan acara tersebut selain beramah mesra dengan peminat mereka di sana.

"Di Sungai Petani minggu ini, kami mengharapkan pendengar kami di Kedah akan datang beramai-ramai dan silalah datang awal untuk meluangkan lebih masa dengan para penyampai Suria FM," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan