Terlibat Dalam AF 2013 Bukan Kerana Merajuk - Faizal Tahir

Diterbitkan: Selasa, 24 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Faizal Tahir . Foto RAYMOND OOI
Faizal Tahir . Foto RAYMOND OOI

PETALING JAYA: Penyanyi Faizal Tahir memberitahu penglibatannya dalam Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) tiada kena mengena dengan isu dirinya merajuk dengan pihak rangkaian televisyen Media Prima selepas dikatakan digam stesen tersebut.

Faizal, 35, berkata, sebagai penyanyi yang berada di bawah naungan pengurusan Media Prima iaitu Monkeybone, dakwaan yang mengatakan dia ingin beralih ke stesen televisyen lain juga tidak relevan.

"Tidak kiralah sama ada penglibatan saya dalam AF 2013 ini berkait dengan isu saya kononnya digam atau tidak. Benda ini bukannya satu masalah pun.

"Saya rasa pihak yang berkata sedemikian perlu melihat kembali bahawa setiap tawaran kerja yang diterima perlu melalui Monkeybone.

"Jadi, jika ada yang mendakwa saya sertai program di stesen televisyen Astro kerana merajuk dengan Media Prima, itu tidak relevan," katanya kepada mStar Online.

Tambah Faizal, penerimaan dia sebagai 'Inspirer' pelajar AF 2013 adalah sebagai sumbangannya terhadap industri muzik agar bagi memiliki pendatang baharu yang serba boleh dalam nyanyian

"Saya sertai AF 2013 bukannya saja-saja. Kalau asyik memenuhi tawaran menyanyi dan kemudian sertai pertandingan seperti AJL (Anugerah Juara Lagu), apa yang industri muzik kita akan dapat?

"Saya tak mahu memeriahkan industri semata-mata, tetapi ingin menyumbangkan sesuatu dalam bidang ini terutamanya kepada golongan muda yang berbakat besar dalam seni muzik," ujarnya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan