Oprah Alami Tekanan Perasaan

Diterbitkan: Selasa, 24 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Oprah terbuka bercakap mengenai tekanan perasaan yang dialaminya tahun lalu.
Oprah terbuka bercakap mengenai tekanan perasaan yang dialaminya tahun lalu.

PENGACARA dan mogul media terkenal, Oprah Winfrey mengesahkan khabar angin yang mengatakan dia mengalami tekanan perasaan pada tahun 2012 akibat tertekan dengan kedudukan rangkaian stesen televisyen miliknya iaitu OWN yang menghadapi pelbagai masalah.

Ketika ditemubual bersama Access Hollywood, Oprah, 59, berkata, dia hanya menyedari keadaan dirinya ketika itu apabila menemubual Jason Russell yang turut mengalami tekanan perasaan melampau.

Oprah berkata, apabila mendengar kisah Russell dia mula tersedar bahawa dirinya juga mengalami simptom sama namun cuba menafikan kebenaran tersebut.

"Saya tidak pernah menyedari bahawa saya tertekan dengan masalah yang menimpa syarikat dan mendengar cerita Russell telah menyedarkan saya untuk menghadapi kebenaran tentang diri sendiri," ujarnya.

Oprah berkata, pada awalnya dia tidak merasakan mempunyai masalah dan cuba melarikan diri daripada setiap kemelut yang menimpa OWN.

"Keadaan bertambah teruk dan saya tidak tahu lagi bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang menimpa," katanya.

Pelakon filem The Butler itu bagaimanapun berkata, dia mula sedar setiap masalah perlu dihadapi dengan tenang supaya tidak menjejaskan kesihatannya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan