Kehadiran Pengurus Mudahkan Kerjaya Amran Ismail

Diterbitkan: Selasa, 24 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Amran selesa kerjaya diuruskan oleh pengurus.
Amran selesa kerjaya diuruskan oleh pengurus.

PETALING JAYA: Pelakon Amran Ismail mengakui kehadiran pengurusnya iaitu Mabel telah memberikan kelebihan kepadanya dalam memastikan kerjaya seninya lebih teratur.

Amran, 28, berkata, dia telah menggunakan khidmat pengurus sejak awal tahun ini kerana tidak mampu menguruskan jadual kerjaynya yang semakin padat dengan pelbagai aktiviti.

"Sebenarnya saya memang kurang mahir dalam bab-bab pengurusan masa tetapi dengan adanya Mabel semuanya lebih teratur dan Alhamdulillah rezeki saya semakin mencurah-curah dalam bidang lakonan.

"Kehadiran pengurus telah membantu saya untuk menyusun jadual dengan lebih kemas dan teratur dan dia akan memastikan saya melunaskan semua tanggungjawab dengan baik," ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Amran, kehadiran Mabel juga telah menjadikan dia seorang artis yang lebih berdisiplin dan dia bersyukur kerjayanya diuruskan oleh wanita berketurunan Cina itu.

Dalam perkembangan sama, Amran berkata, kehadiran Mabel juga telah membuka lebih banyak ruang untuknya mengembangkan kerjaya di luar negara seperti Singapura, Brunei dan Indonesia.

"Mabel sangat dedikasi terhadap kerja-kerjanya dan saya sangat bertuah mempunyai dia sebagai pengurus. Malah saya kini mendapat lebih banyak pendedahan di luar negara terutamanya Singapura dan Brunei," jelasnya.

Dalam pada itu, Amran berkata, dia tidak menyangka usaha untuk memperkenalkannya di luar negara membuahkan hasil apabila sambutan daripada peminat di Singapura dan Brunei cukup luar biasa.

Malah kata Amran, dia banyak mendapat tawaran untuk berlakon dengan produksi di dua buah negara tersebut dan sehingga kini telah berjaya menyiapkan beberapa buah projek.

"Kalau diikutkan kerjaya saya sebagai pelakon masih lagi baharu dan penerimaan luar biasa daripada peminat di Singapura dan Brunei sangat mengejutkan saya.

"Bagaimanapun ia menaikkan semangat saya untuk terus memberikan terbaik buat mereka yang sentiasa menyokong kerjaya seni saya," katanya.

Sementara itu, Amran berkata, populariti yang dikecap di luar negara tidak membuatkannya lupa tentang kerjayanya di Malaysia dan mahu lebih dikenali di negara sendiri terlebih dahulu.

"Tiada guna kalau popular di negara orang tetapi bakat yang ada tidak mendapat perhatian di kalangan peminat di negara sendiri. Saya mahu membuktikan kebolehan saya di tempat kelahiran saya terlebih dahulu," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Amran berkata, dia memberitahu baru menyelesaikan beberapa buah drama untuk siaran RTM iaitu Inilah Cinta dan Mencintaimu selain sebuah drama bersiri untuk slot Lestari berjudul Diandra di TV3.

Amran sebelum ini popular menerusi drama seperti Jejak-Jejak Songsang, Agen 016, Di Sebalik Kamar Mahkamah, Forensik,Two Pieces of You dan Cinta Buat Emelda.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan