Anuar Zain Pernah Boros Beli Barang Berjenama

Diterbitkan: Isnin, 23 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anuar Zain. Foto NORAFIFI EHSAN
Anuar Zain. Foto NORAFIFI EHSAN

PETALING JAYA: Penyanyi Anuar Zain mendedahkan sikapnya yang sebelum ini seorang lelaki boros yang gemar menghabiskan wang membeli barang-barang berjenama.

Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain, 43, berkata, dia gemar mengumpul barangan berjenama terutamanya jenis kemeja-T Polo namun tabiat itu sudah lama itu kini sudah boleh dikawal.

"Benar, saya seorang yang gemar membeli barangan berjenama, tetapi tabiat itu sudah sembilan tahun lalu saya tinggalkan dan kini ia boleh dikawal.

"Sekarang ini boleh dikatakan saya seorang yang sangat berhemah dalam berbelanja, tidak macam dulu. Saya tidak lagi terlalu kerap membeli dan hanya pakai apa sahaja yang selesa dan sesuai," katanya.

Tambah Anuar, dia juga tidak lagi terlalu memilih jenis pakaian berjenama yang digayakan, namun masih lagi mengekalkan imejnya yang sering tampil kemas dan elegan.

Sementara itu, ditanya pula mengenai penjagaan kesihatan, Anuar berkata, sebagai penyanyi dia perlu sentiasa cergas agar dapat memberikan persembahan yang baik dan di usia 40-an dan kerana itu dia mengamalkan pengambilan makanan tambahan.

"Pengambilan makanan tambahan amat penting kerana ia dapat menambahkan zat-zat yang kita tidak ada dalam badan. Selain itu, saya juga mengamalkan pengambilan vitamin C dan E," ujarnya.

Sementara itu, Anuar bakal muncul dengan sebuah persembahan konsert Eksklusif Bersama Anuar Zain sempena Malam Jalinan Mesra 2013 Jabatan Perancangan Bandar & Desa Semenanjung Malaysia yang bakal berlangsung pada 19 Oktober depan di Dewan Kristal 1 & 2, Pusat Konvensyen TM (TMCC), Jalan Pantai Baharu di sini

Tujuan utama majlis itu bagi mengutip dana untuk disalurkan kepada beberapa rumah kebajikan menerusi tabung Kelab Sukan dan Kebajikan Perancangan Bandar & Desa Semenanjung Malaysia (KESPERB).

Tiket bagi majlis yang turut mendapat kerjasama Sutera Qaseh Resources itu dijual dengan dari harga RM3,000 hingga RM 30,000 semeja.

Ia boleh ditempah menerusi talian 017-3577537 (Didi) , 016-4040001 (Imazara) atau 03-62064756 (pejabat).

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan