Peminat Indonesia Sangka Aril (AF7) Adalah Ariel Noah

Diterbitkan: Jumaat, 20 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aril (kiri) bersama teman duetnya, Terry.
Aril (kiri) bersama teman duetnya, Terry.

KUALA LUMPUR: Penyanyi Aril (AF 7) atau Khairil Azam Pilus, 28, disangka penyanyi kumpulan Noah iaitu Ariel selepas lagu duet bersama penyanyi Indonesia Terry berjudul Tulus mendapat sambutan hangat di negara jiran tersebut.

Terry, 29, berkata lagu berkenaan menduduki tempat teratas carta mingguan di stesen-stesen radio di Indonesia selepas tiga minggu disiarkan.

"Ramai peminat dan pendengar radio di Indonesia keliru dengan nama Aril dengan Ariel Noah dan mereka sangka saya berduet dengan Ariel Noah.

"Ramai yang tertanya-tanya siapakah Aril dan mahu melihatnya menyanyi lagu itu di sana," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu duet Aril bersama penyanyi Indonesia iaitu Terry berjudul Tulus, di Publika Solaris di sini, Khamis.

Lagu Tulus ini pernah dinyanyikan oleh kumpulan popular Indonesia iaitu Vagetoz.

Dalam pada itu, tambah Terry, nada suara Aril yang berbeza dengan suaranya menjadikan lagu tersebut lebih sedap didengar.

"Suara Aril dan saya sangat berbeza, kerana suara saya banyak lenggok-lenggok tapi dia sebaliknya. Banyak maklum balas daripada pendengar di Indonesia yang suka dengan lagu yang kami nyanyian ini," katanya.

Sementara itu, Aril berkata, peluang menyanyikan lagu ini dianggap sebagai laluannya bagi menembusi pasaran di negara jiran itu.

"Alhamdulillah, saya terkejut lagu ini mendapat sambutan di sana, Insya-Allah saya akan ke sana untuk mempromosikan lagu tersebut nanti. Selain itu, saya harap dengan adanya lagu ini ia dapat memberi peluang untuk saya mencuba nasib di Indonesia," katanya.

Tambah Aril, lagu duet tersebut bakal dimuatkan dalam album penuh pertamanya yang akan dilancarkan pada hujung tahun ini.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan