Justin Bieber Pilih Cinta Kekasih Lama

Diterbitkan: Khamis, 19 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NAMPAKNYA Justin Bieber sudah mula merasakan dia tidak perlu lagi mempertahankan hubungan cintanya dengan Selena Gomez apabila dia telah beralih kepada wanita lain.

Menurut laporan portal Zimbio, wanita yang dimaksudkan itu merupakan bekas kekasihnya (sebelum menjalinkan hubungan dengan Selina) bernama, Jacque Rae Pyles.

Pasangan ini sama-sama menghadiri majlis pembukaan New York Fashion Week minggu lalu dan Justin tampak senang duduk di samping wanita yang pernah bercinta dengannya pada tahun 2009 itu.

Malah, sebelum muncul bersama pada acara tersebut, Justin dan Jacque sempat menikmati makan malam bersama dan mereka juga telah pergi ke Las Vegas bersama.

Namun sehingga kini, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak pasangan itu mengenai hubungan berkenaan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan