Brad Pitt Muncul Di Majlis Kahwin Peminat

Diterbitkan: Khamis, 19 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Brad Pitt
Brad Pitt

AKTOR terkenal Hollywood, Brad Pitt membuat kejutan apabila muncul dalam sebuah majlis resepsi perkahwinan yang diadakan di Hotel Store Park, London pada hujung minggu lalu.

Daily Mail melaporkan, pasangan pengantin tersebut Abi dan Daniel Lingwood menjemput Brad Pitt ke majlis berkenaan selepas terserempak dengan pelakon itu yang sedang minum di sebuah bar berdekatan dewan acara itu berlangsung.

"Suami saya ternampak Brad sedang minum seorang diri di bar dan kami menghampirinya untuk mengambil peluang bergambar kenang-kenangan dengannya pada hari bahagia kami.

"Namun tidak menyangka dia bersetuju untuk menghadiri perkahwinan kami selepas dipelawa untuk turut serta," katanya.

Pitt, 49, berada di London untuk menjalani penggambaran filem terbaharunya, Fury.

Tambah Abi, Pitt juga berbesar hati untuk mengambil gambar bersama mereka selain mengucapkan tahniah atas perkahwinan itu.

"Dia memuji saya kelihatan cantik dan dia mengajak kami bergambar sebagai kenang-kenangan," tuturnya.

Dalam pada itu, Abi berkata, Pitt bagaimanapun terpaksa beredar daripada majlis tersebut kerana perlu menghadiri perjumpaan bersama penerbit filem Fury di hotel sama.

"Apabila tetamu mula menyedari kehadirannya semua menjadi seperti tidak keruan dan cuba mendekati Brad namun dia terpaksa beredar dan sempat mengucapkan tahniah kepada saya dan suami.

"Walaupun kehadiran Brad telah menenggelamkan hari bahagia saya tetapi tidak mengapa kerana kehadirannya adalah hadiah paling hebat untuk perkahwinan kami," tuturnya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan