Adam Sandler Cedera Akibat Bersukan

Diterbitkan: Ahad, 15 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bahu Adam terpaksa dibedah akibat mengalami kecederaan pada bahagian bahu.
Bahu Adam terpaksa dibedah akibat mengalami kecederaan pada bahagian bahu.

PELAKON yang terkenal menerusi filem Jack And Jill iaitu Adam Sandler dilaporkan telah mengalami kecederaan serius pada bahagian bahunya sehingga terpaksa menjalani pembedahan.

Showbizspy melaporkan kecederaan tersebut berlaku selepas Adam mengalami kemalangan semasa bermain bola keranjang bersama teman-temannya baru-baru ini.

"Adam memang gemar akan sukan bola keranjang dan menjadikan permainan itu sebagai aktiviti harian bersama rakan-rakannya.

"Namun baru-baru ini dia tercedera selepas terjatuh sehingga menyebabkan bahagian bahu yang terhentak di lantai tercedera," ujar Cindy Guagenti, jurucakap pelakon itu .

Tambah Cindy itu, keadaan Adam selepas kejadian tidak begitu serius namun kecederaan bertambah parah selepas pelakon itu tidak mendapatkan rawatan di hospital.

"Dia menganggap kecederaan itu tidak teruk tetapi bahagian bahunya semakin membengkak selepas beberapa hari kemudian dan apabila dirujuk ke hospital keadaannya sudah parah," jelasnya lagi.

Pun begitu katanya, keadaan Adam kini semakin pulih selepas pembedahan dan sedang berehat.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan