Zaidi Omar Berwaspada Jadi Duta Produk

Diterbitkan: Sabtu, 14 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zaidi Omar
Zaidi Omar

PETALING JAYA: Pelakon drama Zaidi Omar terpaksa menolak banyak tawaran untuk menjadi jurucakap kepada produk-produk kesihatan kerana tidak pasti soal keselamatannya.

Zaidi, 56, berkata, dia tidak mahu pengguna tertipu atau mendapat kesan sampingan daripada produk tersebut yang mana secara tidak langsung boleh menjejaskan reputasinya sebagai pelakon.

"Banyak produk kesihatan yang menawarkan saya untuk menjadi duta dan jurucakap tapi saya tolak kerana saya sendiri tidak yakin dengan keselamatan produk itu.

"Saya tidak mahu menerima tawaran tersebut hanya semata-mata untuk mendapatkan duit tetapi akhirnya memberi kesan buruk kepada pengguna," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, Zaidi yang baru sahaja menerima tawaran sebagai duta produk kesihatan Kaisar Herba Plus berkata, dia telah mencuba produk tersebut terlebih dahulu dan terbukti ia berkesan.

"Saya bukan seorang yang mengamalkan makanan tambahan untuk tenaga tapi atas nasihat kawan baik saya ND Lala yang menjalankan perniagaan ini, saya mencubanya terlebih dahulu.

"Alhamdulillah saya rasa lebih bertenaga dengan minuman herba ini sejak mengambilnya tiga bulan lalu," katanya yang yakin ia tidak memberi sebarang kesan sampingan kepada pengguna.

Sementara itu, Zaidi yang mengakui tidak mempunyai sebarang penyakit berkata, dia mengamalkan petua tidak mengambil minuman bergula sejak berpuluh tahun lalu.

Dia juga mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam dan sering menghabiskan waktu terluang di gim.

"Di rumah saya tiada gula kerana kami sekeluarga memang tidak minum air bergula sejak saya muda lagi.

"Selain itu, saya juga tidak merokok dan amalkan gaya hidup dengan bersenam, paling tidak pun sehari saya perlu keluarkan peluh juga," katanya.

Dia juga bersyukur di kurniakan kesihatan yang baik bagi membolehkannya menerima tawaran melakukan aksi-aksi lasak.

Dalam perkembangan lain, Zaidi bakal muncul dengan empat filem berjudul Laga, Pilot Cafe, Rentap dan Paku.

"Alhamdulillah, rezeki saya juga tidak putus-putus walaupun sudah berusia, walaupun watak yang diberikan lebih kurang sama sahaja namun pengarah masih beri kepercayaan untuk beri watak aksi dan berlawan," katanya.

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan