PFM Tegur Agensi Kerajaan Gagal Tangani Cetak Rompak

Diterbitkan: Rabu, 11 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zaharin berkata gejala cetak rompak jika tidak dibendung dengan segera akan melumpuhkan industri perfileman negara kerana ia akan mempengaruhi minat orang ramai untuk tidak ke panggung.
Zaharin berkata gejala cetak rompak jika tidak dibendung dengan segera akan melumpuhkan industri perfileman negara kerana ia akan mempengaruhi minat orang ramai untuk tidak ke panggung.

PETALING JAYA: Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) menegur agensi penguatkuasaan agar bertindak lebih serius dalam usaha memerangi gejala cetak rompak yang semakin bermaharajalela.

Setiausaha Kehormat PFM, Zahrin Aris berkata, gejala berkenaan jika tidak dibendung dengan segera akan melumpuhkan industri perfileman negara kerana ia akan mempengaruhi minat orang ramai untuk tidak ke panggung.

“Secara keseluruhan gejala cetak rompak ini adalah faktor utama penurunan jumlah penonton ke pawagam. Lebih merosakkan industri perfileman apabila budaya muat turun dari Internet secara percuma kerana perompak Internet mendapat bayaran secara langsung dari pengiklan sebelum muat turun dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada mStar Online di sini pada Selasa.

Zahrin turut mempersoalkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan yang gagal bertindak dalam menangani hal berkenaan.

Katanya, kedua-dua agensi itu umpama menunggu tindakan di antara satu sama lain, seolah-olah tiada penyelarasan kuasa sedangkan masalah berkenaan bukanlah perkara baru yang berlaku dalam industri seni tanah air.

Katanya, ketika ini bukan sahaja karya filem yang dicetak rompak malah saluran televisyen juga boleh dimuat naik ke blog-blog tertentu dalam usaha melariskan penjualan iklan blog masing-masing.

“Ini adalah satu tanda malapetaka kejatuhan Industri Kandungan Kreatif Malaysia dan ia amat bahaya sekiranya tiada proses penguatkuasaan secukupnya dilakukan,” katanya.

Beliau menambah, kerajaan harus mengambil perhatian dengan lebih serius dalam mengatasi masalah berkenaan keran ia melibatkan modal penerbit filem berjuta-juta ringgit selain golongan berkenaan turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Dalam perkembangan lain Zahrin berkata, PFM membuat keputusan untuk mengadakan sidang media dalam waktu terdekat bagi memaparkan halaman cetak rompak sekiranya gejala berkenaan tidak ditangani secepat mungkin.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan