Anggota Sleeq Ikut Jejak Aaron Aziz Tinggal Di Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 11 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Syarif sedia menerima kritikan mengenai kerja lakonannya.
Syarif sedia menerima kritikan mengenai kerja lakonannya.

PETALING JAYA: Ahli kumpulan Sleeq iaitu Syariff bakal mengikut jejak langkah mentornya, Aaron Aziz untuk menetap di Malaysia pada Oktober depan.

Syariff atau nama sebenarnya Ahmad Syarifullah Ahmad, 22, berkata, sudah tiba masanya untuk dia bersama seorang lagi ahli Sleeq, Aliff Abdullah, 22, memberi tumpuan kepada karier nyanyian dalam industri seni negara ini.

"Aaron ada memberi nasihat untuk kami menetap di sini (Malaysia). Senang untuk saya dan Aliff bekerja dan tak perlu nak ulang alik dari sini ke Singapura.

"Apabila selesai semua urusan penting di Singapura kami terus merancang menetap di sini pada bulan depan," katanya.

Syariff ditemui pada sidang media drama terbaharu saluran Astro Ria berjudul Sahabat di GSC The Gardens di sini pada Selasa.

Tambah Syariff keputusannya untuk menetap di negara ini dibuat memandangkan dia turut berjinak-jinak dalam bidang lakonan pula.

"Sebelum ini saya pernah berlakon beberapa drama di Singapura sebelum menjadi penyanyi berkumpulan.

"Jadi saya mengasah bakat lakonan di sini pula dan Alhamdulillah drama Sahabat menjadi kerja lakonan sulung saya," ujarnya.

Beritahu Syariff, dia juga bersedia menerima komen-komen orang tidak kira positif mahupun negatif mengenai bakat lakonannya.

"Saya mahu berjaya seperti Aaron. Dia merupakan idola pertama saya dalam membentuk kejayaan dalam bidang seni ini. Jadi saya perlu terima apa sahaja kritikan yang bakal tiba," tuturnya.

Sementara itu, Sahabat yang turut dibarisi pelakon Liyana Jasmay, Sara Ali, Izzue Islam dan Syukri Yahya merupakan terbitan Suhan Movies &Trading Sdn Bhd. Ia mengisahkan tentang kehidupan tujuh remaja yang berbeza personaliti dan latar belakang ingin mengejar impian mereka.

Drama 36 episod itu akan disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, pukul 5.30 petang bermula 16 September ini menerusi saluran Astro Ria.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan