RTM Hampir Capai Sasaran Tarik Golongan Remaja

Diterbitkan: Selasa, 10 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Datuk Norhyati Ismail
Datuk Norhyati Ismail

PETALING JAYA: Radio Televisyen Malaysia (RTM) sedang mencapai sasaran dalam menarik perhatian golongan muda untuk menjadikan stesen tersebut sebagai saluran televisyen pilihan harian.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhyati Ismail berkata, RTM masih dalam usaha mengubah persepsi masyarakat terutamanya bagi golongan remaja yang menganggap stesen itu agak ketinggalan berbanding stesen televisyen lain.

"Kami sedang menghampiri sasaran dalam menyediakan produk mengikut peredaran zaman menghasilkan paparan program yang lebih segar dan matang buat penonton.

"Selain itu, pihak kami turut mengikut perkembangan semasa dalam memiliki akaun Facebook, Instagram dan Twitter dalam mengemaskinikan pemberitahuan berita-berita terkini selain program-program baru.

"Maklumlah sekarang ini dengan kecanggihan teknologi terkini, semua perkara akan melibatkan alam maya," katanya kepada mStar Online.

Malah tambah Norhyati, RTM juga bakal muncul dengan saluran berbentuk digital di mana pendigitalan penyiaran negara bukan hanya menguntungkan pihak kerajaan tetapi juga rakyat terutamanya golongan muda yang sentiasa inginkan informasi yang pantas.

Katanya, siaran digital kini menjadi trend dunia bagi menguruskan spektrum (frekuensi) dengan lebih efisien.

"Dalam pada itu ia bukan semata-mata mengenai kualiti audio dan visual sebaliknya penonton akan diberi kuasa memilih siaran yang mahu ditonton dan ia tidak terhad kepada enam saluran televisyen percuma sedia ada.

"Ia juga mampu mengurangkan kos operasi stesen TV. Sebagai contoh jika siaran analog memerlukan satu pemancar yang bernilai RM2 juta bagi setiap saluran, pemancar digital pula boleh menempatkan lapan saluran bagi setiap pemancar dibina," ujarnya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan