Peluang Melancong Bersama Lima Selebriti Popular

Diterbitkan: Selasa, 10 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Muhamad Abd. Latif (tiga dari kiri) bersama teman-teman artis iaitu (dari kiri); Zizan Razak, Izzue Islam, Jaafar Onn, Imam Muda Asyraf dan Johan As'ari.
Muhamad Abd. Latif (tiga dari kiri) bersama teman-teman artis iaitu (dari kiri); Zizan Razak, Izzue Islam, Jaafar Onn, Imam Muda Asyraf dan Johan As'ari.

KUALA LUMPUR: Orang ramai bukan sahaja dapat bercuti keluar negara malah berpeluang menghabiskan masa dan mengenali lebih rapat artis kesayangan mereka seperti Zizan Razak, Johan As'ari, Izzue Islam, Imam Muda Ashraf dan Jaafar Onn melalui pakej percutian kendalian Safirgotravel.com.

Pengarah (Penjualan dan Pemasaran) agensi pelancongan itu, Muhamad Abd. Latif @ Ahmad Jazree Jazran berkata, promosi melancong bersama artis ini menawarkan lima destinasi menarik.

"Promosi melancong bersama artis ini bukan sahaja bercuti malam dapat bermesra dan layanan istimewa daripada artis kesayangan mereka.

"Kita juga tidak mengenakan harga yang tinggi kepada pakej istimewa ini, malah harga yang berpatutan seperti pakej biasa yang ditawarkan," katanya pada sidang media pelancaran pakej pelancongan istimewa Safirgotravel, di sini, Isnin.

Beberapa negara seperti Abu Dhabi dan Dubai, Hongkong, Indonesia serta India dipilih mengikut kesesuaian selebriti masing-masing.

"Imam Muda Asyraf akan mengembara ke tanah Jawa dan akan melawat tempat-tempat istimewa Wali Singo dan tempat bersejarah pada 2 hingga 6 Disember depan, manakala Jaafar Onn akan melawat negara India dan mencari makanan-makanan terkenal di negara tersebut pada 6 hingga 11 Disember.

"Sementara Zizan Razak dan Johan akan mengembara dan melancong di Abu Dhabi dan Dubai dengan melawat tempat-tempat menarik di sana pada 17 Hingga 22 November depan," katanya.

Sementara itu, Izzue Islam akan berhibur di kota keriangan Disneyland dan Macau selama enam hari lima malam pada 16 hingga 21 Disember.

Tambah Muhamad, segala kemudahan hotel dan penerbangan dipilih bertaraf empat bintang dan menjanjikan keselesaan kepada pelancong.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai harga boleh melayari laman web www.safirgotravel.com atau menghubungi 03-89204090.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan