Afgan Bangga Album Terjual Lebih 500,000 Unit

Diterbitkan: Sabtu, 7 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Afgan menunjukkan album terbaharunya Live To Love, Love To Live semasa pelancaran album itu di The Vanue, Pavilion, Kuala Lumpur pada April lalu.
Afgan menunjukkan album terbaharunya Live To Love, Love To Live semasa pelancaran album itu di The Vanue, Pavilion, Kuala Lumpur pada April lalu.

PERJUANGAN penyanyi Indonesia, Afgan Syah Reza dalam pembikinan album ketiga berjudul L1VE To Love' tidak sia-sia apabila album tersebut menerima penghargaan Anugerah Multi Platinum kerana terjual melebihi 500,000 unit di Indonesia.

Ia dijual di seluruh restoran makanan segera KFC di Indonesia.

Afgan mengakui turut bangga dengan pencapaian tersebut kerana ketika proses pembikinan, dia sedang sibuk dengan pengajiannya di Universiti Monash cawangan Malaysia.

"Saya sangat bangga kerana perjuangan saya untuk album kali ini sangat luar biasa. Dua tahun lebih pembikinan dilakukan ketika itu saya sedang sibuk belajar di Malaysia.

"Saya terpaksa ulang alik daripada Jakarta ke Malaysia hampir setiap minggu," ujarnya seperti dipetik kapanlagi.com.

Tambahnya, penghargaan tersebut merupakan hadiah kepada hasil titik peluh dan kerja kerasnya serta pencapaian terbesar dalam kerjaya sebagai penyanyi.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan