Scarlett Johansson Bertunang Dengan Wartawan

Diterbitkan: Jumaat, 6 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Scarlett dan Romain masih belum menentukan tarikh perkahwinan mereka.
Scarlett dan Romain masih belum menentukan tarikh perkahwinan mereka.

PELAKON Scarlett Johansson dilaporkan telah mengikat tali pertunangan dengan Romain Dauriac selepas hampir tiga tahun bercerai dengan aktor Ryan Reynolds.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh jurucakap kepada pelakon filem Avengers itu selepas berita berkenaan menjadi topik perbualan laman-laman gosip di Hollywood.

"Apa yang boleh saya katakan mereka telah bertunang dan masih belum berbincang tentang tarikh perkahwinan," ujarnya ringkas kepada AFP.

Dauriac seorang wartawan dari Perancis telah melamar pelakon berusia 28 tahun itu sebulan lalu dalam suasana romantik.

Awal minggu ini, pelakon itu dilihat mengenakan sebentuk cincin pertunangan semasa mempromosikan filem terbaharunya Under The Skin pada Festival Filem Venice di Itali.

Scarlett telah berkahwin dengan Ryan pada tahun 2008 tetapi berpisah secara baik pada 2010.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan