Kemunculan Gitaris Incubus Gimik Konsert Yuna

Diterbitkan: Jumaat, 6 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yuna bersama gitaris Incubus, Mike Einziger
Yuna bersama gitaris Incubus, Mike Einziger

KUALA LUMPUR: Buat pertama kalinya, penyanyi Yuna membuat penampilan istimewa bersama gitaris kumpulan Incubus, Mike Einziger pada pratonton Konsert Yuna & Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) yang berlangsung di Istana Budaya pada malam Khamis.‬

‪Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai membawakan lagu Deeper Conversation diiringi mainan muzik gitaris tersebut.‬

‪Yuna dan Mike turut bergandingan menerusi lagu Incubus sendiri berjudul I Miss You dan Mr. Musician.‬

‪Penampilan istimewa itu dibuat pada pertengahan konsert berlangsung.‬

‪"Saya tidak memberitahu anda tentang perkara ini tetapi saya ada membawa tetamu khas dari Amerika.‬

‪"Malam ini dia akan mengiringi beberapa lagu yang saya persembahkan," kata Yuna sebelum memperkenalkan Mike kepada penonton.‬

‪Tambah Yuna, Mike ingin bekerjasama dengannya selepas menonton persembahannya di laman YouTube dan ketika itu dia tidak menyangka bahawa ada pemuzik antarabangsa yang menghargai karyanya.‬

‪Dalam pada itu, Mike turut mengiringi Yuna menerusi lagu I Wanna Go.‬

‪Sementara itu, pengalaman menetap di Amerika Syarikat selama tiga tahun ternyata memberikan impak yang besar buat Yuna apabila dia berjaya memukau penonton yang hadir pada konsert berkenaan.

‪Mengenakan gaun rona merah jambu rekaan Hatta Dolmat, Yuna atau nama membuka tirai mempersembahkan lagu DecorateFavourite Thing, Young dan Gadis Semasa.

‪Penyanyi yang kini menjadi artis syarikat rakaman antarabangsa milik David Foster, Verve Records ini cukup bertenaga mempersembahkan lagu-lagu hitnya dengan 'mood' pentas yang santai, dipenuhi lampu pada setiap tempat duduk pemuzik orkestra.‬

‪Lagu-lagu lain yang dipersembahkan ialah Coffee, Photo Of You, Memo, Terukir di Bintang, Fear And Frustrations serta Penakut.‬

‪Yuna turut mendendangkan koleksi lagu popular idolanya, Seniman Tan Sri P. Ramlee iaitu Gelora Jiwa.‬

‪Bagi memberi impak kelainan, Yuna turut membawa sekumpulan anak muda mempersembahkan muzik 'stempe'.‬

‪Bagi mengakhiri persembahannya pada malam itu Yuna menyanyikan lagu yang kini hangat dimainkan di radio berjudul Lelaki.‬

‪Konsert tersebut akan berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat (hari ini) hingga Ahad.‬

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan