Jep (Sepahtu) Terpaksa Tolak Tawaran Jadi Deejay Radio

Diterbitkan: Khamis, 5 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jep (Sepahtu)
Jep (Sepahtu)

PETALING JAYA: Pelawak Mohd Nadzri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Jep (Sepahtu), menolak tawaran untuk bergelar deejay radio sebuah stesen swasta walaupun sudah banyak kali menerima peluang itu.

Jep, 28, berkata, ini kerana dia mempunyai jadual kerja yang padat selain mahu memberi komitmen dalam bidang lakonan terlebih dahulu.

"Saya memang berminat menjadi seorang deejay radio, tapi saya tidak boleh beri komitmen seratus peratus kerana takut akan mengganggu masa penggambaran saya.

"Saya bimbang jika jadual kerja yang tidak dapat diaturkan dengan baik, ia akan menjejaskan juga masa artis lain," katanya kepada mStar Online.

Tambah Jep, dia menerima tawaran tersebut beberapa kali namun terpaksa ditolak.

"Saya segan juga, mereka bagi tawaran beberapa kali tapi saya tolak dengan cara baik kerana saya betul-betul takut tidak mampu untuk lakukan.

"Dulu saya pernah jadi penyampai di radio Era FM selama enam bulan dan ia memang agak sukar untuk bahagikan masa," katanya.

Dalam pada itu, kata Jep, dia juga mengakui perlu memikirkan keputusan tersebut sama ada dapat membantu kerjayanya atau sebaliknya.

"Untuk buat banyak benda dalam satu-satu masa ia merupakan risiko. Saya jenis yang fokus satu kerja.

"Selain itu, saya juga fikir adakah ia akan membantu meningkatkan kerjaya saya atau menjatuhkannya," kata Jep.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan