Jessie J Nyaris Lumpuh Akibat Terjatuh

Diterbitkan: Rabu, 4 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jessie J.
Jessie J.

PENYANYI Jessie J menceritakan dia nyaris kehilangan keupayaan untuk berjalan selepas terjatuh dari pentas semasa membuat latihan untuk sebuah persembahan pada tahun 2011.

Jessie atau nama sebenarnya Jessica Ellen Cornish memberitahu kecederaan yang dialami pada bahagian kakinya hampir-hampir menyebabkan dia lumpuh namun berjaya diselamatkan.

"Kemalangan itu hampir menyebabkan saya tidak boleh berjalan namun pembedahan tulang pada bahagian kaki yang saya jalankan telah menyelamatkan saya daripada menjadi lumpuh," katanya kepada Daily Mail.

Penyanyi lagu Price Tag itu memberitahu sehingga kini dia masih merasai kesakitan daripada bahagian pembedahan tersebut.

"Saya mempunyai seorang ahli fisiologi yang akan mengikut saya bagi membantu proses pemulihan sejak kejadian itu. Malah saya kini jarang lagi memakai kasut tinggi bagi mengelakkan rasa sakit," ujarnya.

Bagaimanapun katanya, kejadian itu tidak pernah melemahkan semangatnya untuk terus beraksi di pentas bagi menghiburkan peminat.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan